Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Mac 2016



Emas jatuh untuk sesi kedua semalam kerana dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat dan saham global mengukuh selepas perangkaan AS yang kukuh, sekali gus menyemarak semula spekulasi Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Kontrak semasa emas jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,229.06 seaun pada 1049 GMT, sementara kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran April tidak berubah kepada AS$1,230.80 seaun.

“Kami melihat pasaran minyak stabil, saham meningkat dan dolar AS meningkat sedikit dalam tempoh beberapa minggu dan kemudian tambahan kepada itu, kami meninjau sama ada menyemak semula jangkaan peningkatan kadar faedah AS,” kata Pengurus Kanan Saxo Bank, Ole Hansen.

“Tetapi reaksi terhadap emas sangat baik. Kita masih di fasa pelabur meningkatkan pegangan mereka yang bermaksud apa yang dilihat dalam emas boleh digunakan sebagai peluang membeli,” katanya.

Harga logam meningkat kira-kira 15 peratus tahun ini, menemui semula peranannya sebagai pelaburan lindung nilai ketika berdepan kejatuhan ekuiti dan kebimbangan pertumbuhan perlahan ekonomi global.

Emas jatuh sejajar dengan aset lindung nilai lain termasuk yen kerana rali di pasaran saham.

Perangkaan menunjukkan pengilangan AS stabil pada Februari. Laporan berasingan dalam perbelanjaan pembinaan menunjukkan aktiviti meningkat lebih daripada paras tinggi dalam lapan tahun pada Januari.

Di kalangan logam berharga lain, platinum jatuh 0.3 peratus kepada AS$935.77 seaun, sementara perak jatuh 0.2 peratus kepada AS$14.81 dan palladium meningkat 0.4 peratus kepada AS$516.75.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment