Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Penarafan Kredit China Negatif



"Pertumbuhan KDNK diunjur perlahan, beban hutang tinggi"  

Shanghai : Tiniauan bagi penarafan kredit China direndahkan kepada 'negatif' daripada 'stabil' oleh Moody's Investor Service berikutan ketidaktentuan berhubung keupayaan pihak berkuasa untuk melaksanakan reformasi ekonomi, peningkatan hutang kerajaan dan penyusutan rizab.

"Tanpa reformasi yang boleh dipercayai dan berkesan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka lebih perlahan kerana beban hutang tinggi melemahkan pelaburan perniagaan dan demografi bertukar menjadi lebih tidak memuaskan.

“Hutang kerajaan akan meningkat lebih ketara berbanding jangkaan,” kata Moody's dalam satu nota penyelidikan.

Moody's berkata, jawatankuasa penarafannya membincangkan status China pada mesyuarat 9 Februari lalu, yang mana kekukuhan institusi, fiskal dan ketahanan menghadapi risiko dilihat.

Agensi itu berkata, penurunan penarafan didorong jangkaan kekukuhan fiskal China akan terus merosot, dan penyusutan dalam rizab tukaran asingnya, yang susut sebanyak AS$762 bilion (RM) dalam tempoh 18 bulan lalu.

Kekal penarafan Aa3
“Masuk campur dalam pasaran saham dan tukaran asing sejak setahun lalu mencadangkan memastikan kestabilan kewangan dan ekonomi adalah juga satu matlamat, tetapi terdapat ketidaktentuan berhubung keutamaan dasar kerajaan,” kata Moody's.

Bagaimanapun, Moody's mengekalkan penarafan Aa3 ke atas China.

“Pada masa sama, fiskal dan rizab tukaran asing China kekal memadai, memberikan pihak berkuasa masa yang cukup untuk melaksanakan reformasi dan menangani ketidakseimbangan dalam ekonomi secara berperingkat,” katanya.

Agensi itu memberi amaran ia akan merendahkan lagi penarafan ke atas China sekiranya ia menyaksikan reformasi yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan berkekalan berlangsung dengan lembap.

“la belum lagi satu tanda yang membimbangkan, tetapi hala tujunya negatif,” kata Trinh Nguyen, ahli ekonomi kanan bagi negara membangun Asia di Nataxis, firma pengurusan aset global.

“Mereka ada ruang untuk berbuat demikian. Mereka antara negara yang memiliki hutang kerajaan terendah berbanding negara membangun lain.

“Dan yang lebih penting lagi, berikutan China memiliki lebihan akaun semasa ia berkemampuan menjana dana pengembangan fiskalnya sendiri."

Sumber : Berita Harian (03 Mac 2016)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment