Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Mac 2016



Harga emas menokok semalam disokong aliran masuk ke dalam dana bersandarkan emas menjurus kepada peningkatan keyakinan terhadap logam itu.

Emas, yang menokok hampir 17 peratus tahun ini adalah antara komoditi yang mencatat prestasi terbaik tahun. Ia diniagakan tidak jauh di bawah paras tertinggi satu tahun.

Emas semerta menokok 0.1 peratus kepada AS$1,241.40 satu auns pada 0655 GMT, selepas naik 0.7 peratus pada Rabu.

Logam itu mencecah paras tertinggi satu tahun AS$1,260.60 pada 11 Februari berikatan ketidaktentuan dalam global ekonomi meningkatkan permintaan pelabur bagi pelaburan selamat.

Emas AS bagi penghantaran April tidak berubah pada AS$1,242.30 satu auns.

BMI Research, sebahagian daripada Fitch Ratings berkata ia menaikkan unjuran harga emas 2016 kepada AS$1,150 daripada AS$1,000 pada awal Februari.

Bagaimanapun, saham Asia dan harga minyak menokok semalam selepas laporan yang menunjukkan pekerjaan sektor swasta AS naik 214,000 pada Februari, mengatasi ramalan pasaran dan meningkatkan jangkaan bagi pembayaran bukan perladangan AS yang lebih menyeluruh yang aka disiarkan Jumaat lnl. 

Pembayaran gaji bukan perladangan AS, yang termasuk kedua-dua sektor awam dan swasta, dianggarkan meningkat 190,000 bulan lalu selepas meningkat sebanyak 151,000 pada Januari, demikian menurut kaji selidik yang dibuat Reuters.

“Terdapat kemungkinan kejutan positif Jumaat ini dan ia juga akan memberi kesan tambahan ke atas emas,” kata McCarthy.

Harga semerta palladium mendatar pada AS$514.75 satu auns manakala platinum naik 0.5 peratus kepada AS$936 dan perak menokok 0.3 peratus kepada AS$14.97.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment