Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Malaysia Paling Terdedah Penipuan Internet



Pertumbuhan akses internet di Malaysia terus berkembang, begitu juga dengan penipuan maya untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna.

Berdasarkan kajian Penipuan Internet yang dilaksanakan Telenor Group menerusi anak syarikat di Malaysia, Digi mendapati, antara tiga penipuan utama di negara ini adalah penipuan 'dari rumah' dengan 30 peratus, diikuti penipuan lelongan internet (22 peratus) dan penipuan temu janji dalam talian 20 peratus.

Kumpulan itu turut mengeluarkan lima langkah utama kepada rakyat Malaysia untuk mengelak ditipu, langkah penting untuk mengurangkan isu penipuan dalam masa terdekat.

Kaji selidik pelbagai pasaran membabitkan 400 pengguna internet berusia 18 hingga 65 tahun ke atas di Malaysia, India, Singapura dan Thailand dilaksanakan untuk menyediakan kefahaman jelas berkenaan penipuan biasa di alam maya.

Di Malaysia, semua responden mengklasifikasikan diri mereka sebagai pengguna internet, dengan purata hampir 10 jam setiap hari di web.

Bagaimanapun, keselamatan dalam talian adalah kebimbangan yang semakin meningkat dengan lebih separuh iaitu 54 peratus daripada mereka yang menyatakan 'sangat bimbang' dengan penipuan dalam talian, kebimbangan ke atas serangan (45 peratus) dan ugutan (42 peratus).

Malaysia paling terdedah  
Daripada tinjauan di rantau ini, Malaysia menjadi negara yang paling terdedah kepada penipuan internet, dengan 46 peratus daripada responden berkata mereka yang menjadi mangsa kepada penipuan, diikuti Thailand dengan 43 peratus.  

Kajian mendapati bahawa satu daripada lima orang menjadi mangsa kepada penipuan lelongan internet dan temu janji dalam talian, dan satu daripada 10 menyatakan akaun Facebook mereka digodam.  

Sebanyak 46 peratus daripada responden Malaysia berkata, mereka tahu rakan atau ahli keluarga menjadi mangsa penipuan dalam talian.  

Daripada jumlah itu, enam daripada 10 kehilangan wang dengan purata kerugian setiap orang adalah RM7,050.  

Jumlah itu jauh lebih rendah dibandingkan dengan negara jiran lain. Secara purata serantau kerugian purata yang dicatatkan bersamaan dengan RM41,870.  

Tingkat kehidupan  
Walaupun kerugian akibat penipuan membimbangkan, rakyat Malaysia mengiktiraf manfaat yang internet dengan 90 peratus daripada pengguna internet di negara ini bersetuju bahawa internet meningkatkan kehidupan mereka dan 81 peratus lagi berkata ia mengukuhkan hubungan dengan rakan dan keluarga.  

“Kaji selidik ini adalah barometer yang baik mengenai penipuan internet di Malaysia dan perkara penting yang perlu ditekankan.  

“Kami berharap hasil daripada kajian pengguna digital ini akan menggalakkan semua rakyat Malaysia menjadi lebih proaktif supaya kekal selamat ketika berada dalam talian,” kata Ketua Tanggungjawab Sosial Telenor, Ola Jo Tandre.  

Antara langkah untuk mengelakkan penipuan internet adalah memadam emel mencurigakan; mengabaikan iklan tidak munasabah; menaik taraf perisian antivirus; selidik berhubung penipuan dalam talian; dan berkongsi pengetahuan dan tips pencegahan dengan rakan dan keluarga menerusi laman sosial.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment