Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Mudah Percaya Punca Kena Tipu



"129 kes diterima TTPM tahun lalu berbanding 83 pada 2014"

Putrajaya : Tahap kecurigaan yang rendah dalam kalangan pengguna negara ini, menyebabkan kes penipuan membabitkan perniagaan atas talian meningkat sehingga 46 peratus sepanjang tahun lalu.

Sebanyak 129 penipuan perniagaan atas talian diterima TTPM sepanjang tempoh itu, meliputi 15 kategori tuntutan, berbanding 83 kes pada tahun sebelumnya.

Kecuaian pengguna yang terlalu mudah percaya dengan tawaran peniaga atas talian, disifatkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPPM) sebagai bukti kesedaran dan kepekaan pengguna negara ini kepada penipuan masih rendah.

Orang ramai didapati mudah terpengaruh dengan iklan tawaran harga rendah tanpa menilai risiko pembelian atas talian, diambil kesempatan sindiket atau individu yang mendalangi penipuan terbabit.

Selama tiga tahun berturut-turut, penipuan telefon bimbit direkodkan kes tertinggi berbanding tuntutan lain iaitu 32 kes pada tahun lalu, diikuti perkakasan teknologi maklumat (12), pakaian dan aksesori (12), hotel dan pakej pelancongan (10) serta sembilan kes tiket penerbangan.

Pengerusi TTPM, Reihana Abd Razak, berkata majoriti mangsa tidak mengambil berat status perniagaan ditawarkan, sama ada berdaitar atau tidak hanya kerana terpengaruh dengan iklan murah dipamerkan menerusi sesawang dan laman sosial.

Penghantaran melalui pos  
Katanya, sebagai contoh barangan seperti telefon bimbit, emas, pakaian dalam atau tiket penerbangan, adalah antara barang yang tidak masuk akal dijual secara atas talian kerana tiada jaminan ketulenan dengan harga yang ditawarkan.

“Kebanyakan mangsa tidak pertikai apabila peniaga atas talian hanya memberi pilihan, penjualan hanya menerusi penghantaran menggunakan pos.

“Lebih teruk, mangsa tidak berasa curiga apabila nama pemilik akaun yang digunakan ketika transaksi pembayaran, berbeza daripada nama digunakan untuk berniaga.

“Sikap tidak berhati-hati pelanggan menjadi penyumbang peningkatan kes penipuan saban tahun," katanya kepada BH.

Reihana berkata, pengguna perlu bijak memilih peniaga berdaftar atau yang menawar pilihan kepada pelanggan, sama ada penghantaran menerusi pos atau dengan mengambil sendiri di alamat tertentu.

“Peniaga jujur, tidak akan menyiarkan iklan mengelirukan seperti dakwaan penggunaan pakaian tertentu mampu menurunkan saiz badan seseorang.

“Dalam kes penipuan telefon, barang yang ditawarkan tidak wujud sebagaimana diiklankan atau dihantar kepada pembeli selepas bayaran dibuat,” katanya.

Katanya, hukuman boleh disabitkan ke atas iklan mengelirukan dan juga pembuktian menerusi transaksi bank atas talian berbanding transaksi secara mesin pendeposit wang automatik.

Katanya, TTPM sedang meneliti mekanisme perniagaan atas talian yang diamalkan beberapa syarikat terkenal untuk dijadikan panduan yang boleh diamalkan peniaga lain.

Sumber : Berita Harian (13 Mac 2016)
Tulisan : Wan Noor Hayati Wan Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment