Harga emas susut semalam berikutan lantunan dalam nilai dolar AS.
Bagaimanapun, harga kekal dalam jajaran tertinggi 13 bulan yang di cecah pada awal dagangan selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan langkah kelonggaran baharu.
Presiden ECB Mario Draghi menggariskan langkah Khamis lain termasuk meningkatkan pembelian bersih aset dan menambah pengurangan kepada kadar deposit.
Bagaimanapun, ia mengisyaratkan tidak akan berlaku pengurangan kadar lanjut.
Harga emas semerta naik setinggi AS$1,282.51 satu auns, paling kukuh sejak 3 Februari 2015, sebelum jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,263.90 pada 1057 GMT, berikutan lantunan dalam nilai dolar AS.
Emas AS bagi penghantaran April susut 0.5 peratus kepada AS$1,266.10 satu auns, selepas mencecah AS$1,287.80.
Jongkong emas menokok 1.5 peratus pada Khamis, kenaikan harian terbesar dalam seminggu, susulan penyusutan nilai dolar, dan berada di landasan untuk mencatat kenaikan bagi minggu kedua.
Emas naik kira-kira 20 peratus tahun ini, mengeman peranannya sebagai pelindung nilai, dalam persekitaran yang mana kejatuhan pasaran saham dan kebimbangan kelembapan ekonomi global.
“Kadar sebenar rendah atau negatif dan premium berisiko tinggi boleh menjadi sangat positif bagi emas,” kata penganalisis komoditi di Deutsche Bank, Michael Hsueh.
Kelemahan dolar AS dan jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah turut membantu lantunan harga logam itu tahun ini.
Tumpuan pasaran berikutnya ialah mesyuarat dasar Rizab Persekutuan pada 15-16 Mac. Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah buat pertama kalinya dalam hampir sedekad Disember lalu.
Permintaan terhadap emas fizikal semakin perlahan di China minggu ini.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment