Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Lembaga Pengarah bank pusat itu sudah membuat cadangan ke atas calon pengganti beliau.
Beliau berkata, Putrajaya akan membuat keputusan dan menyerahkan nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan dan menyerahkan nama (calon) kepada Agong," katanya kepada pemberita di Forum Global Wharton 2016 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam.
“Minta bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi," katanya ketika ditanya siapakah yang menjadi calon pilihannya di antara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dan Timbalan Gabenor ketika ini, Datuk Muhammad Ibrahim.
Selain kedua-dua calon itu, terdapat spekulasi calon lain termasuk Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaba Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Zeti juga diminta mengulas sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah Menteri Kewangan, berada di Bank Negara, semalam.
Taklimat berhubung penilaian dan dasar
“Ya, terdapat satu taklimat, kita beri taklimat sejurus sebelum laporan tahunan. Ia adalah taklimat selama dua jam, (yang mana) satu setengah jam disampaikan oleh saya berhubung penilaian dan dasar kami, bagaimana kita boleh membangun di atas dasar yang berdaya tahan untuk masa depan, bukan saja untuk keadaan semasa,” katanya.
Berhubung laporan berkaitan penyiaaatan ke atas 1Malaysia Development Bhd, beliau mengambil pendirian untuk tidak mengulas berikutan perkara itu sedang disiasat.
Zeti menjadi gabenor Bank Negara Malaysia sejak Mei 2000 dan akan menamatkan perkhidmatan hujung bulan depan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus adalah berikutan ia dilihat masih berkemampuan menyokong pertumbuhan ekonomi semasa.
Beliau berkata, membuat perubahan pada OPR bukan satu-satunya faktor yang dipertimbangkan bank pusat itu, kerana ia turut mengambil kira kepada pelbagai langkah dan aspek lain bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment