"Dalang upah pelajar kolej guna akaun untuk transaksi sebelum lesapkan RM80,000"Kuala Lumpur : Sekurang-kurangnya 80 individu, menjadi mangsa penipuan cadar murah ditawarkan secara atas talian menerusi Facebook (FB) oleh sindiket, menyebabkan kerugian lebih RM80,000 dalam tempoh sembilan hari.
Dalang penipuan dipercayai menggunakana akaun sebagai perantaraan, bagi transaksi bayaran tempahan pembelian lebih 2,000 set cadar dibuat semua mangsa.
Kebanyakan mangsa berusia 20 hingga 40 tahun itu yang menjadikan set cadar yang ditempah sebagai bahan jualan kepada kenalan dan saudara mara.
Masing-masing terpengaruh menempah cadar berkenaan untuk jualan selaku ejen pembekal atau 'dropship', kerana ditawarkan pada harga RM40 berbanding asalnya RM100 setiap set.
Jurucakap kumpulan mangsa yang mahu dikenali sebagai Syamsul, berkata mereka terpengaruh dengan iklan yang disiarkan seorang wanita dalam akaun kumpulan Geng Bisnes Cikgu-cikgi di laman FB mulai 20 Februari lalu.
Harga RM40 satu set
Beliau berkata, tawaran set cadar pada harga RM40 itu menarik perhatian ramai ahli kumpulan berkenaan, sebelum mereka yang berminat membeli dikumpulkan dalam dua kumpulan sembang WhatsApp dikendalikan oleh seorang wanita.
“Satu laman sembang itu dikhususkan untuk penyampaian maklumat cadar yang ditawarkan dan pembayaran yang dibuat ahli. Satu lagi laman digunakan wanita itu secara khusus untuk menyiarkan semua set cadar yang ditawarkan.
“Wanita itu mendakwa dirinya sebagai ejen kepada seorang pembekal yang membawa masuk barangan terbabit dari Thailand.
“Sehingga 28 Februari lalu, lebih 80 orang membuat tempahan dengan pembayaran RM81,850 menerusl akaun milik seorang remaja perempuan yang diberikan wanita pengendali laman sembang itu,” katanya yang juga seorang pensyarah kolej.
Syamsul berkata, wanita yang mengendalikan laman itu kemudian mengumumkan menutup tempahan dengan alasan mahu mula menghantar cadar keesokan harinya.
“Namun, yang mengejutkan kami apabila wanita itu secara tiba-tiba keluar daripada kumpulan sembang WhatsApp pada malam 29 Februari lalu selepas meninggalkan pesanan yang telefon bimbitnya rosak.
"Selepas itu juga, akaun FB miliknya tidak lagi aktif. Usaha kami menghubunginya menerusi semua nombor telefon yang diberikan selama ini juga gagal, membuatkan kami sedar yang sudah ditipu wanita terbabit," katanya yang kerugian RM17,860.
Syamsul, 32, yang menjadi peniaga atas talian sejak lima tahun lalu, mendakwa ini adalah kali pertama dia tertipu dalam urus niaga yang disertainya.
Katanya, setakat ini seramai 36 mangsa sudah membuat laporan polis mengenai penipuan yang dialami masing-masing.
Akaun milik pelajar kolej
"Berdasarkan siasatan awal oleh polis, kami dimaklumkan yang akaun yang digunakan untuk menerima bayaran tempahan cadar itu yang dibuat adalah milik seorang pelajar kolej berusia 19 tahun.
“Kami bersemuka dengan pelajar berkenaan yang mendakwa diberi upah RM50 bagi setiap transaksi pembayaran melalui akaunnya oleh seorang wanita yang dipercayai sudah menghilangkan diri itu.
"Pelajar terbabit menunjukkan semua bukti kepada kami wang pembayaran sudah dipindahkan kepada akuan seorang wanita lain dipercayai anggota tentera. Pelajar itu juga sudah membuat laporan polis," katanya.
Suri rumah, Ira Jalil, 28, berkata mereka berjaya menghubungi anggota tentera yang menerima wang berkenaan, tetapi wanita terbabit turut mendakwa sudah memindahkan semua wang ke akaun ketiga dipercayai dalang utama kegiatan itu.
Katanya, semua mangsa kini buntu kerana berdepan tuntutan pembeli yang menempah cadar terbabit daripada mereka dan sudah membuat pembayaran.
“Kejadian ini juga boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai khususnya pembeli yang selama ini tiada masalah berurus niaga dengan kami," katanya.
Sumber : Berita Harian (12 Mac 2016)
Tulisan : Wan Noor Hayati Wan Alias
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment