Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Peruntukan RM25 Juta



Petaling Jaya : Dommal Food Services Sdn Bhd, pemegang francais Domino's Pizza, merancang membuka sebanyak 30 cawangan baru membabitkan kawasan sekitar Malaysia dan Singapura dengan peruntukkan pelaburan bernilai lebih RM25 juta, menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ah Rahman berkata, 25 cawangan baru terbabit dijangka dibuka di Malaysia antaranya di Lembah Klang, Pengkalan Chepa (Kelantan), Gong Badak (Terengganu), Pulau Pinang dan Johor, manakala lima lagi sekitar di Singapura. 

"Untuk pembukaan cawangan baru, kami akan menampilkan restoran dengan konsep baru iaitu 'teater' di mana pelanggan boleh melihat sendiri penyediaan piza di dapur secara langsung.

"Oleh itu, pembangunan keseluruhan setiap cawangan dianggarkan membabitkan perbelanjaan modal antara RM500,000 hingga RM800,000, namun kos ini bergantung kepada beberapa faktor termasuk pemilihan lokasi, saiz dan kelengkapan yang disediakan," katanya selepas majlis pelancaran menu terbaharu Domino's Pizza 'Cheesy Mouarella Slix' dan pertandingan 'Domino's Go For Gold' di sini, baru -baru ini.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 20 cawangan Domino's Pizza di Malaysia sudah mengguna pakai konsep berkenaan dan ia memberi pengalaman tersendiri kepada pelanggan.

“ Menu baru ini dicipta hasil inspirasi menu popular kami dan ia dijangka mendapat sambutan menggalakkan memandangkan prestasi jualan menu berasaskan keju kami sebelum ini amat menggalakkan.

“Menerusi pelancaran hidangan terbaru ini, kumpulan menyasarkan ia bakal menyumbang antara 10 peratus hingga 20 peraius kepada pertumbuhan jualan keseluruhan syarikat,” katanya.

Mengulas mengenai pertandingan 'Domino's Go For Gold', beliau berkata, program terbabit menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM88,888 dengan hadiah utamanya adalah jongkong emas seberat 50 gram.

Bagi yang ingin merebut peluang berkenaan, pelanggan perlu membuat pembelian Cheesy Mozzarella Stix bermula 15 Februari hingga 27 Mac ini bagi melayakkan diri untuk memenangi hadiah lumayan.

Sumber : Harian Metro (03 Febuari 2016)
Tulisan : Wan Nur Ameera Meor Rozman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment