Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

21 Ditahan Tipu Skim Ponzi



"900,000 pelabur jadi mangsa di China tawar pulangan 9 hingga 15 peratus"  

Beijing : Pihak berkuasa China menahan 21 orang disyaki menipu kira-kira 900,000 orang membabitkan dana bernilai lebih 50 bilion yuan (RM31.6 bilion) dalam pelaburan atas talian yang ternyata skim Ponzi gergasi.

Agensi Xinhua melaporkan semalam, skim dikenali sebagai Ezubao itu difahamkan menawarkan pulangan tahunan antara sembilan hingga 14.6 peratus dalam pelbagai projek.

Laba lebih tinggi  
Laba itu dikatakan lebih tinggi berbanding produk pengurusan kekayaan yang ditawarkan bank China.

Dilancarkan pada Julai 2014, Ezubao mengumpul lebih 50 bilion yuan menjelang Disember, kata polis yang menganggarkan lebih 900,000 pelabur menjadi mangsa skim ala Ponzi itu setakat ini.

Ezubao adalah skim pinjaman wang rakan kepada rakan atas talian (P2P) keempat terbesar di China, lapor penerbit majalah usahawan China, Caixin Group sebelum ini.

Xinhua berkata, syarikat itu memalsukan kebanyakan projek di laman webnya dan membayar hutang lama dengan wang pelabur baharu.

Presiden dan pemilik Yucheng Group yang turut ditahan, Zhang Min berkata Ezubao adalah skim Ponzi tipikal.

Malah Pengerusi Yucheng, Ding Ning mengakui syarikat itu membelanjakan lebih 800 juta yuan (RM505 juta) untuk membeli maklumat korporat bagi mewujudkan projek palsu, kata laporan.

Ding juga mengaku membelanjakan wang pelabur untuk menampung gaya hidup mewahnya, termasuk memberi Zhang sebuah villa berharga 130 juta yuan (RM82 juta) di Singapura dan 500 juta yuan (RM316 juta) secara tunai.

Pelaburan wang haram meluas di China dan sering membabitkan sejumlah besar pelabur berikutan pilihan pelaburan terhad kerana kadar faedah bank yang rendah, pasaran saham yang amat spekulatif dan tidak menentu dalam sektor hartanah.

Projek palsu  
Polis berkata 207 syarikat yang didakwa Ezubao meminjam wang, hanya satu daripadanya yang membuat pinjaman.

"Setakat yang saya tahu, 95 peratus projek dalam Ezubao adalah palsu," ia memetik Yong Lei, seorang pengawal risiko di anak syarikat Yucheng, sebagai berkata.

Xinhua menambah, polis menyerbu syarikat yang berpusat di wilayah timur Anhui itu selepas mendapati eksekutifnya memindahkan dana dan bercadang melarikan diri.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment