Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : RM1.6 Juta Lesap 15 Minit



"Kakitangan syarikat edar emas dirompak 11 lelaki berpistol"

Lesap RM1.6 juta dalam tempoh masa kurang 15 minit. Itu detik cemas dialami kakitangan syarikat pengedaran emas apabila dia dikepung dan dirompak ll lelaki bersenjatakan pistol.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa berusia 32 tahun yang membawa wang itu menaiki motosikal dikejar kumpulan perompak di Jalan Klang Lama, di sini.

Difahamkan mangsa bersama pengawal keselamatan mahu menghantar wang hasil jualan emas milik syarikat ke bank di Taman Desa, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mangsa dan pengawal keselamatan itu menunggang dua motosikal berasingan ketika kejadian.

Menurutnya, pengawal keselamatan berada di belakang mangsa dirempuh suspek yang menaiki kereta model Proton Wira sebanyak tiga kali sehingga terjatuh.

“Mangsa yang melihat pengawal keselamatan itu terjatuh membuat pusingan U untuk pulang semula ke pejabat, namun dikepung kumpulan penjenayah.

“Suspek menaiki lima matosikal dan sebuah kereta ketika itu. Seorang suspek mengacukan pistol ke arah mangsa,"katanya.

Shahrul berkata, mangsa juga diacukan pisau sebelum beg sandang dibawa mengandungi wang tunai berjumlah RM1.6 juta dirampas suspek.

“Mangsa turut cedera disiku kanan akibat terjatuh selepas dikepung suspek.

“Pengawal keselamatan terbabit patah tulang bahu kiri akibat dilanggar pejenayah," katanya.

Menurutnya, mangsa baru tiga bulan bekerja sebagai penghantar wang di syarikat itu.

"Kereta milik suspek ditemui ditinggalkan di jalan Kuchai Lama, di sini, beberapa jam selepas kejadian. “

Pada masa sama mangsa dapat mengecam wajah suspek dan lakaran muka penjenayah diusahakan polis. Polis juga berusaha mengesan cap jari suspek pada kereta ditemui.” katanya.

Shahrul berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Sumber : Harian Metro (27 Januari 2016)
Tulisan : Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment