Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Public Gold Sasar Jualan RM1 Bilion



"Pelaburan emas dapat sambutan menggalakkan"  

Georgetown - Syarikat dagangan emas, Kumpulan Public Gold Group (Public Gold), menyasarkan jualan sehingga RM1 billion sepanjang tahun ini hasil daripada pelaburan emasnya yang terus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengerusi Eksekutithya, Datuk Wira Louis Ng, berkata sasaran itu adalah melebihi daripada jumlah jualan yang dicatatkan syarikat itu pada tahun lalu, iaitu sebanyak RM250 juta.

Katanya, syarikat berhadapan cabaran apabila kerajaan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lalu, namun kembali berjaya meningkatkan keyakinan pelabur akan kepentingan pelaburan emas.

'Kita berjaya mengembalikan kepercayaan pelabur apabila meneruskan strategi jualan secara agresif termasuk memperkenalkan pelbagai promosi dan produk baharu yang menarik perhatian ramai pihak. “

Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kejatuhan nilai mata wang menyebabkan orang ramai mulai sedar bahawa betapa pentingnya simpanan emas dalam bentuk fizikal yang harganya kekal kukuh,” katanya ketika ditemui BH, Sabtu lalu.

Permintaan berkembang
Louis berkata, pihaknya turut mengorak langkah apabila kerjasama bersama Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd sejak November lalu, bagi memudahkan pelabur emas menambah pelaburan emas di semua rangkaian Pejabat Pos di negara ini.

“Kerjasama bersama anak syarikat Pos Malaysia Bhd itu, membolehkan Public Gold terus meneroka permintaan yang semakin berkembang dalam pelaburan emas secara jangka panjang.

“Ar-Rahnu menyediakan sistem pajak gadai berasaskan syariah bagi pinjaman bercagar jangka pendek terutama kepada pelabur Islam yang berminat melabur emas dan mendapat keuntungan daripada pajakan,” katanya.

Louis berkata, pelabur emas juga tidak perlu bimbang kerana semua produk Public Gold yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA) dan dikategorikan Logam Berharga Pelaburan (IPM) yang dikecualikan daripada GST di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014.

"Pengecualian ini diberi kerajaan berikutan produk emas Public Gold tergolong di dalam senarai IPM yang diiktiraf sebagai aset kewangan yang aktif didagangkan seperti saham dan bon.

'Ini adalah peluang yang sewajarnya direbut pelabur kerana harga emas dikecualikan cukai memberi peluang mereka meraih keuntungan maksimum dalam setiap pelaburan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Public Gold turut mengeluarkan dua produk baharu iaitu 'Prosperity' dan “Monkey Bar', yang dihasilkan mengikut tema tahun monyet yang diraikan masyarakat Cina di negara ini.

Produk yang dihasilkan sepenuhnya dalam bentuk ketulan emas 999.9 seberat satu gram itu diiual pada harga RM200 sahaja dan boleh sebagai hadiah atau cenderahati kepada pelabur.

Sumber : Berita Harian (26 Januari 2016)
Tulisan : Siti Sofia Md Nasir


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment