Emas menokok ke paras tertinggi lapan setengah bulan semalam berikutan pelabur membuat pertaruhan Rizab Persekutuan berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah tahun ini.
Sementara itu, permintaan terhadap pelaburan selamat di tengah-tengah kejatuhan pasaran saham dan dolar turut menyokong logam itu.
Rizab Persekutuan berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah tahun ini, tetapi pasaran kredit yang lebih ketat, naik turun pasaran kewangan, dan ketidaktentuan berhubung pertumbuhan ekonomi China meningkatkan risiko kepada ekonomi AS, kata Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen, kelmarin.
Yellen berkata, beliau menjangka pertumbuhan ekonomi AS yang berterusan akan membenarkan Rizab Persekutuan meneruskan cadangan menaikkan kadar faedah secara berperingkat, tetapi komen beliau membuat opsyen bank pusat itu terbuka.
Kenaikan kadar faedah yang perlahan menyokong jongkong emas, merendahkan kos memegang logam itu.
Emas semerta melonjak ke paras tertinggi harian AS$1,213 satu auns, paras tertinggi sejak 22 Mei 2015, sebelum diniagakan naik 0.8 peratus pada AS$1,206.10 pada 0222 GMT.
Emas AS menokok ke paras tertinggi harian AS$1,215.30 satu auns, menghampiri paras tertinggi sembilan bulan.
“Arahan memberhentikan kerugian dicetuskan selepas melepasi AS$1,200,” kata peniaga di MKS Group, Jason Cerisola.
Perak juga mendapat sambutan baik, dengan purata pergerakan 200 hari menyediakan sokongan kritikal pada AS$15.10, katanya.
Perak menokok 0.5 peratus kepada AS$15.35 satu auns, tidak jauh daripada paras tertinggi tiga bulan yang dicapai pada awal minggu.
“Yellen memperjelaskannya sementara Rizab Persekutuan masih menjangka untuk terus menaikkan kadar faedah secara berperingkat, dasar akan memberi maklum balas kepada pembangunan,” kata penganalisis di ANZ.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment