London : Pembelian emas oleh bank-bank pusat termasuk pelabur China, yang mencari perlindungan ekoran kelemahan mata wang, membantu melonjakkan permintaan logam berharga itu pada suku terakhir tahun lalu.
Majlis Emas Dunia (WGC), berkata trend pembelian emas sebegitu dijangka akan berterusan.
China masih kekal sebagai pengguna terbesar dunia tahun lalu, mendahului India, dengan keadaan ekonomi tidak menentu yang mempengaruhi pembelian, menurut WGC dalam laporan tahunannya menerusi 'Trend Permintaan Emas'.
Ahli WGC juga terdiri daripada syarikat perlombongangan emas utama dunia.
Permintaan China terhadap syiling emas melonjak 25 peratus pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya disebabkan pengguna berusaha untuk melindungi kekayaan mereka selepas Beijing bertindak menurunkan nilai mata wang yuan.
Namun, kegawatan pasaran saham dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan menimbulkan sentimen pengguna dan permintaan emas China bagi barang kemas jatuh tiga peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut WGC lagi.
Barang kemas adalah sumber utama bagi permintaan emas global dan penurunan dalam permintaan itu menyebabkan permintaan keseluruhan emas kekal tidak berubah pada tahun 2015 pada 4,212 tan.
Bank pusat membuat pembelian emas untuk mempelbagaikan rizab mereka dan pembelian mereka meningkat kepada 588.4 tan tahun lalu dan rekod pembelian tinggi adalah 625.5 tan pada tahun 2013, mengikut laporan itu lagi.
Peningkatan ketara
Pembelian bank pusat menunjukkan peningkatan ketara pada separuh kedua tahun lalu dan melonjak kepada 25 peratus pada suku keempat, berbanding tahun sebelumnya.
la disebabkan keperluan untuk mempelbagai riuh, susulan daripada kejatuhan harga minyak dan kurang keyakinan terhadap ekonomi global, kata WGC.
Ketua Penyelidikan Pasaran WGC, Alistair Hewitt optimis dengan prospek permintaan emas yang menyediakan rali bagi harga emas sejak awal tahun 2016 apabila pelabur mencari aset lebih selamat dari kegawatan pasaran saham serta persediaan menghadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi global.
"Memandang ke hadapan, permintaan bagi emas akan meningkat dan disokong oleh pembelian bank pusat yang kukuh serta pembelian barang kemas, jongkong dan syiling emas oleh isi rumah akan berterusan di seluruh dunia, diketuai India dan China.
"Jika kita melihat setakat tahun ini, pelaburan emas masih kukuh sama seperti dahulu. Walaupun pasaran saham tidak menentu, emas masih mengekalkan prestasi baik," kata Hewitt.
Keseluruhan permintaan China bagi emas berjumlah 985 tan tahun lalu, diikuti India sebanyak 849 tan.
Kedua-dua negara itu menyumbang hampir 45 peratus daripada keseluruhan jumlah permintaan global, dengan permintaan pengguna meningkat sebanyak dua peratus dan satu peratus.
Permintaan barang kemas bagi India mencapai paras ketiga tertinggi pada tahun 2015 sebanyak 654.3 tan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment