"Pasaran kewangan tak menentu tingkat risiko ekonomi Amerika"
Washington : Rancangan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) oleh Rizab Persekutuan (Fed) tetap akan diteruskan meskipun dalam keadaan ekonomi dunia menjadi semakin tidak menentu ketika ini, kata Pengerusi Fed, Janet Yellin.
Pasaran kredit yang lebih ketat, pasaran kewangan yang tidak menentu dan ketidakpastian mengenai pertumbuhan ekonomi China juga telah meningkatkan risiko kepada ekonomi AS.
“Saya tidak menjangkakan terdapat keperluan bagi FOMC (Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan) mengurangkan kadar faedah dalam jangka terdekat ini,” kata Yellen.
Risiko Kemelesetan
“Sentiasa ada risiko kemelesetan dan perkembangan kewangan global boleh mencetuskan kelembapan dalam ekonomi," katanya.
Yellen berkata, beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi AS yang berterusan akan membolehkan Fed meneruskan rancangannya menaikkan kadar faedah 'berperingkat', tetapi pilihan itu adalah terbuka untuk bank pusat itu.
“Saya rasa kita mahu berhati-hati dan tidak mahu terus membuat kesimpulan awal mengenai apa yang ada untuk ekonomi AS. Saya tidak merasakan ia adalah perlu untuk mengurangkan kadar faedah.”
Pelabur sebahagian besar menolak kemungkinan kadar faedah akan meningkat lagi tahun ini, selepas Fed menaikkan kadar dana buat kali pertama dalam satu dekad pada bulan Disember.
“Mesej umum yang beliau ingin sampaikan adalah kenaikan kadar faedah tambahan kekal kes asas, tetapi pasaran perlu stabil sebelum kita melihat lebih banyak perkara," kata Penganalisis Cornerstone Macro, Roberto Perli.
Indeks pasaran saham seluruh dunia pulih sedikit sebelum menamatkan dagangan dengan sedikit berubah semalam, selepas komen Yellen meredakan kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.
Kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi China, pendapatan korporat suku keempat AS yang sedikit dan kesan ke atas perbelanjaan modal dan pekerjaan dalam sektor tenaga ekoran kejatuhan harga minyak, kini telah menjejaskan pasaran global sejak beberapa bulan lalu.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment