Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

HSBC Kekal Ibu Pejabat Di London



"Keputusan bank lonjak saham disenaraikan di Hong Kong"  

London : Bank terbesar Eropah, HSBC akan mengekalkan ibu pejabatnya di Britain, menolak perpindahan ke Hong Kong walaupun bimbang mengenai peningkatan peraturan di United Kingdom (UK) dan kemungkinan perpecahan daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Hongkong and Shanghai Banking Corporation, London mempunyai banyak kelebihan yang bermakna ia sudah dalam kedudukan baik untuk fungsi sebagai ibu pejabat.

Ia tidak membuat sebarang rujukan kepada kebimbangan yang semakin meningkat di Hong Kong bahawa kebebasan di bandar itu sedang terhakis oleh China yang semakin berpengaruh, seorang pemerhati berkata, ia boleh merosakkan statusnya sebagai hab kewangan serba bebas.

Bank itu mula mengkaji untuk menempatkan semula ibu pejabatnya pada April tahun lalu, dua minggu sebelum pilihan raya umum Britain, di tengah-tengah peningkatan gesaan terhadap tindakan tegas ke atas sektor perbankan yang dilihat oleh ramai pengundi sebagai tidak berguna.

Namun, selepas hampir setahun, yang mana ia dilaporkan mendapatkan nasihat antara lain daripada bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger, bahawa lembaga pengarah bank sebulat suara memutuskan ibu pejabatnya untuk terus kekal di London.

“London adalah antara pusat kewangan antarabangsa terkemuka dunia dan pangkalan kepada kumpulan besar yang berkemahiran tinggi,bakat antarabangsa.

“Oleh itu, ia kekal dan kedudukan yang baik untuk menjadi asas rumah bagi institusi kewangan global seperti HSBC,” kata bank itu dalam satu kenyataan, semalam.

Kajian semula  
Pelabur menyambut baik keputusan itu dengan menyaksikan saham HSBC yang disenaraikan di Hong Kong meningkat hampir empat peratus dalam dagangan tengah hari, semalam.

Ketua Eksekutifnya, Stuart Gulliver, berkata pilihan terakhir antara di Britain dan Hong Kong, walaupun kajian semula juga dilaporkan mempertimbangkan Jerman dan AS. Kerajaan Britain berjanji untuk mengadakan referendum mengenai keahlian EU.

Penyokong mengatakan keahlian adalah penting jika London untuk terus berkembang maju sebagai pusat kewangan global. Menjelang keputusan HSBC itu, ada yang berhujah bahawa Britain diluar EU akan menjadi kurang menarik kepada perniagaan besar.

Penganalisis Hong Hong pula berkata, keputusan untuk kekal di London itu sudah dijangka.

Frances Lun daripada Geo Securities berkata, isu kajian semua kedudukan ibu pejabat ditimbulkan bagi untuk memberi tekanan terhadap peraturan kerajaan UK.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment