Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN METRO AHAD : Wang 10 Tahun Lesap



"Lelaki rugi RM50,000 ditipu ejen skim pelaburan di Internet"  

Kuala Lumpur : Hasrat seorang lelaki mahu memperoleh keuntungan berganda menerusi skim pelaburan di Internet hanya tinggal impian apabila dia ditipu ejen dengan nilai kerugian mencecah hampir RM50,000. 

Malah, penangan skim pelaburan itu menyebabkan lelaki yang dikenali sebagai Razali berusia 45 tahun terpaksa pula menanggung hutang selepas membuat pinjaman daripada pihak bank semata mata mahu menyertai skim terbabit.

Menceritakan detik malang itu, bapa kepada empat anak itu berkata, dia tertarik dengan keuntungan berganda yang bakal diperoleh peserta yang menyertai skim berkenaan.

"Pada awalnya, saya melihat iklan skim pelaburan Internet menerusi laman sosial Facebook apabila ia dikongsi lebih 10,000 pemilik akaun menyebabkan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Saya juga tertarik dengan komen dan ulasan da ripada beberapa pesertayang kononnya memperoleh keuntungan lebih 200 peratus selepas menyertai skim terbabit menyebabkan ingin mencubanya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Razali yang bekerja sebagai pegawai pemasaran berkata, dia terus menghubungi ejen skim terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan terma dan syarat.

“Saya berjumpa dengan lelaki terbabit di sebuah restoran di ibu kota dan pada masa itu dia menunJukkan segala dokumen, gambar serta komen beberapa peserta yang mendapat pulangan lumayan menerusi pelaburan berkenaan.

“Lelaki itu menjanjikan akan mendapat bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk tempoh dua tahun jika melabur RM30,000 menyebabkan saya tanpa berfikir panjang bersetuju untuk menyertainya pada awal tahun lalu," katanya.

Pada peringkat awal, dia mendapat pulangan seperti yang dijanjikan sebelum Razali menambah pelaburan sebanyak RM20,000 bagi mendapat keuntungan lebih.

“Namun, pulangan terbabit hanya bertahan lima bulan saja sebelum tiada lagi kemasukan duit dalam akaun menyebabkan saya terus menghubungi ejen, namun dia memberi pelbagai alasan kanannya keuntangan belum dibahagikan lagi.

“Masalah itu berlanjutan hingga Oktober tahun lalu dan ejen berkenaan sehingga kini gagal dihubungi dipercayai sudah melarikan diri dan membawa wang tunai yang banyak hasil kegiatan itu.” katanya. 

Menurutnya, dia sudah berusaha mengesan ejen berkenaan, namun hampa malah menerusi maklumat yang diperoleh daripada beberapa mangsa lain, lelaki itu sudah melarikan diri keluar negara.

“Sekarang ini saya hanya menunggu siasatan polis dan berharap lelaki itu ditahan segera kerana wang simpanan yang disimpan lebih 10 tahun lesap begitu saja gara-gara mahu pulangan lumayan dalam masa terdekat," katanya.

Sumber : Metro Ahad (10 Januari 2016)
Tulisan : Syazwan Msar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment