Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN METRO AHAD : 35 Gigit Jari Rugi RM4.19 Juta



Kuala Lumpur : 35 individu termasuk seorang doktor kerugian lebih RM4.19 juta selepas ditipu sebuah syarikat antarabangsa yang berjanji membeli jongkong emas simpanan mereka sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah pejabat di jalan Perak, di sini, baru-baru ini.

Mangsa mendakwa mereka dihubungi wakil syarikat terbabit yang menawarkan untuk membeli jongkong emas dalam simpanan mereka pada harga RM245 untuk satu gram emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, modus operandi syarikat itu mengenal pasti individu yang memiliki jongkong emas sebelum menawarkan untuk membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Menurutnya, mangsa biasanya dihubungi melalui SMS atau panggilan telefon sebelum penemuan diadakan di pejabat syarikat itu di jalan Perak.

“Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan memberikan cek tarikh hadapan atau draf bank dan mereka didapati aktif mencari mangsa sejak hujung tahun lalu dan menghilangkan diri awal tahun ini.

“Setakat ini, kami sudah menerima 35 laporan daripada mangsa di seluruh Malaysia yang kerugian RM4,196,588," katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, namun polis yakin masih ada lagi yang menjadi mangsa sindiket itu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Faizal, 45, berkata, dia mendapat tawaran pembelian iongkong emas itu melalui SMS.

Katanya, dalam untuk menuntut SMS itu dinyatakan syarikat terbabit sanggup membeli jongkong pada harga lebih tinggi daripada pasaran semasa.

“Disebabkan itu, saya berjumpa dengan wakil syarikat berkenaan di pejabatnya di Jalan Perak dan mereka bersetuju membeli RM245 untuk satu gram emas.

“Tertarik dengan tawaran itu, saya menyerahkan 300 gram emas pada jam 10.30 pagi, 31 Disember lalu selepas menerima surat penerimaan barang dari syarikat itu.” katanya.

Menurutnya, dia hanya meninggalkan jongkong emas itu selama lima jam dan apabila kembali untuk menuntut bayaran RM73,500, pejabat itu sudah ditutup dan semua kakitangan syarikat itu gagal dihubungi.

Seorang doktor berusia 58 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia berniat menjual jongkong emas Geneva yang berada dalam simpanannya.

“Saya mendapat panggilan daripada wakil syarikat itu pada Oktober lalu yang mahu membeli jongkong emas dan saya cukup berhati-hati hingga tidak menyerahkan jongkong pada pertemuan pertama.

“Dalam pertemuan kedua pada pertengahan bulan lalu, selepas yakin dengan penerangan diberikan, saya menyerahkan jongkong emas seberat satu kilogram bernilai kira-kira RM200,000 kepada wakil syarikat itu," katanya.

Menurutnya, mereka kemudian menyerahkan cek bertarikh hadapan bertarikh 16 Januari 2016 kononnya mahu memeriksa ketulenan jongkong itu terlebih dulu.

“Pada hujung bulan lalu, saya menerima SMS daripada wakil syarikat itu untuk mengambil draf bank baki pembayaran, malangnya apabila saya mengunjungi pejabat itu pada awal tahun ini, mereka sudah tidak beroperasi," katanya.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment