Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Januari 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan terus dalam aliran menurun minggu ini, kata seorang peniaga.

“Minggu ini kami menjangka harga emas terus turun disebabkan tekanan daripada data pengangguran dan senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chua Zheng Liang.

Asas minggu ke minggu, Januari 2016 naik 161 mata kepada RM154.70 segram, Februari 2016 bertambah 165 mata kepada RM155 segram, Mac 2016 menokok 166 mata kepada RM155.30 segram dan April 2016 meningkat 167 mata kepada RM155.45 segram.

Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 381 lot bernilai RM5.67 juta daripada 211 lot bernilai RM3.11 juta minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 1,364 kontrak daripada 1,279 kontrak sebelum ini.

Di pasaran global, harga emas hujung minggu lalu jatuh satu peratus, berbanding sembilan hari sebelumnya yang tinggi berikutan pasaran saham meningkat semula selepas mengalami penurunan minggu ini, selain didorong dolar yang mengukuh.

Saham Eropah melonjak selepas saham Asia mencatatkan keuntungan, dengan ekuiti China digantung disebabkan pelaksanaan sistem litar pintas dan turut didorong daripada peningkatan yuan untuk kali pertama, dalam tempoh sembilan hari.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment