Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Putera Forex' Licik Jerat Mangsa



"Tonjol kemewahan dalam laman sosial sejak 2014"  
Butterworth : Berdiri atas kereta mewah, peluk duit dan gambar percutian. Itu antara aksi wajib di dalam gambar yang dimuatnaik individu mendakwa sebagai 'Putera Forex' ke dalam beberapa laman sosial dipercayai dikendalikannya sejak 2014.  

Lelaki yang dikenali sebagai Ijan, 25, menggunakan pelbagai nama gelaran di Facebook (FB) dipercayai miliknya dan memuat naik gambar pelbagai aksi serta gaya berkenaan bagi mendapat perhatian netizen dan mangsanya.

Berdasarkan pemerhatian, gambar itu kemudian mendapat pelbagai komen da- ripada netizen, termasuk mereka yang berminat menyertai kelas forex auta dianjurkannya.

Selain itu, antara gambar lain dimuatnaik ke dalam FB berkenaan adalah gambar graf serta video pelaburan yang didakwanya berjaya dilakukan kurang dari dua minit.

Melalui video di FB itu, Ijan yang menggunakan bahasa Inggeris menerangkan bagaimana dia berjaya menghasilkan USDl,000 kurang daripada dua minit sebelum mendapat komen daripada penonton yang mahu belajar mengenai cara ia dilakukan.

Melalui penelitian, sebaik menerima komen daripada individu yang berminat, jawapan yang diberikan ialah alamat serta nombor telefon yang perlu dihubungi bagi mengikuti kelas itu. Dalam erti kata lain, laman sosial FB itu sememangnya digunakan sebagai platform mengiklankan kelas auta yang dikendalikan lelaki berkenaan.

Selain itu, di laman itu tidak diterangkan secara terperinci kandungan atau silibus pembelajaran akan diberikan kepada pelajarnya. Sebaliknya hanya meletakkan nombor telefon yang perlu dihubungi bagi menyertai kelas.

Berdasarkan iklan kelas yang dimuat naik ke laman itu, pengendali menerangkan bahawa individu yang mahu menyertai kelas berkenaan perlu mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun milik Ijan terlebih dulu. 

Selain FB yang digunakan Ijan, beberapa laman sosial yang membongkar penipuan membabitkan kelas forex diwujudkan bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai penipuan membabitkan forex.

Di laman sosial yang menggunakan nama Politik Forex Malaysia-PPM itu, mereka memuat naik beberapa maklumat penting bagaimana beberapa lagi skim penipuan seperti Ijan bergerak bersama pengakuan dan bukti.

Berdasarkan laman sosial itu, beberapa lagi individu dikesan mengikut jejak langkah Ijan dengan mengadakan kelas forex bagi mengaut keuntungan mudah dan menyasarkan warga emas sebagai mangsa sehingga ada yang terpaksa mengeluarkan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan itu sebelum ia lebur akibat diperdaya.

Semua individu yang dimuat naik ke laman sosial itu menggunakan modus operandi sama seperti ljan apabila menggunakan motif berkongsi ilmu pelaburan sebelum mengenakan bayaran tinggi sedangkan ia auta semata-mata.

Sementara itu, sumber polis berkata, bagi kes membabitkan penipuan pengajian ilmu forex, pihaknya hanya dapat memberi nasihat kepada mangsa untuk mengemukakan saman sivil terhadap individu berkenaan. “

Walaupun ada yang menerima ugutan bunuh dan sebagainya jika membuat tuntutan saman, mereka perlu segera membuat tuntutan itu dan jika menerima ugutan jenayah, mereka boleh membuat laporan polis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

“Kami memang menerima banyak laporan begini dan ia adalah kes sivil dan menyerahkannya kepada Majistret bagi ditentukan tindakan seterusnya,” katanya.

Sumber : Harian Metro (20 Januari 2016)
Tulisan : Shamsul Munir Safini


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment