Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 Januari 2016



Harga emas didagangkan stabil pada Selasa susulan lantunan semula pasaran ekuiti menjejaki prospek data pertumbuhan ekonomi China yang dijangka akan memaksa kerajaan itu melaksanakan pelan rangsangan.

Ia sekali gus menyuburkan harapan pelabur terhadap aset berisiko.

Saham China melonjak, membantu ekuiti Asia melepaskan kerugian awal untuk dagangan sederhana tinggi. 

Data menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu berkembang 6.8 peratus pada suku keempat, paling perlahan sejak tahun 2009.

Penganalisis berkata, prestasi tahun ini bergantung terhadap sokongan Beijing. Bagi tahun 2015, pertumbuhan China pada 6.9 peratus, paling lemah dalam tempoh 25 tahun.

Sementara itu, dolar diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang lain.

Spot emas tidak berubah pada AS$1,089.96 seaun oleh 0710 GMT, selepas sesi lemah pada Isnin dengan pasaran AS ditutup berikutan cuti Martin Luther King.

Emas mencecah ketinggian pada AS1,090.40 sebaik sahaja data KDNK China dikeluarkan, sekali gus memberi manfaat dari persekitaran kurang berisiko, menurut peniaga Alex Thorndike, Kumpulan MKS. 

Bulion berskala tinggi dua bulan iaitu AS$1,112 pada 8 Januari, di tengah-tengah situasi kebimbangan terhadap nasib pertumbuhan ekonomi global, terutamanya di China.

Emas AS bagi penghantaran Februari kekal pada AS$1,089.90 seaun. Permintaan fizikal lemah dari pengguna emas terbesar China dan India telah mengehadkan potensi emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment