Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Johson & Johnson Mahu Buang 3,000 Pekerja



New York: Johnson & Johnson (J&J), konglomerat penjagaan kesihatan, merancang untuk mengurangkan kira-kira 3,000 kakitangan dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan penyusunan semula perniagaan peranti perubatannya.

Syarikat yang berpangkalan di The New Brunswick, New Jersey itu berkata, jumlah berkenaan lebih daripada dua peratus daripada tenaga kerja global sekitar 127,000 orang dan empat enam peratus daripada keseluruhan pekerja dalam peranti perubatan.

Pengurangan datang selepas tahun sukar untuk penjagaan kesihatan yang menyaksikan jualan preskripsi ubat-ubatan, peranti dan ubat-ubatan pengguna dihimpit oleh ekonomi global yang semakin lemah dan kadar pertukaran mata wang tidak menguntungkan.

"Tindakan ini mengiktiraf perubahan keperluan pasaran peranti perubatan global,” kata Pengerusi Unit Peranti Perubatan Johnson & Johnson, Gary Pruden.

Penyusunan semula itu memberi tumpuan kepada syarikat ortopedik, pembedahan dan perniagaan kardiovaskular.

Ia tidak akan menjejaskan peralatan perubatan pengguna, farmaseutikal dan perniagaan pengguna.

J&J bergelut untuk memulihkan jualan peranti perubatan, terutama jenama seperti implan ortopedik DePuy dan peralatan pembedahan Ethicon.

Pada Oktober, syarikat berkata jualan peranti jatuh 7.3 peratus kepada AS$6.1 bilion (RM26.66 bilion) pada suku fiskal sebelumnya.

Pada bulan sama, J&J menjual unit peranti jantung Cordis yang sebelum ini menyumbang kira-kira satu perempat daripada jualan peranti.

Penganalisis Wells Fargo, Lawrence Biegelsen menyatakan peranti perubatan menjadi 'salah satu perniagaan yang berprestasi lemah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Oleh itu, kita percaya penstrukturan semula harus menjadi langkah positif ke arah memacu pertumbuhan jangka panjang perniagaan dan meningkatkan keuntungan dari semasa ke semasa,” kata Biegelsen dalam nota kepada pelabur.

Tindakan syarikat itu akan membawa kepada penjimatan sebelum cukai tahunan sebanyak AS$800 (RM3.5 bilion) juta kepada AS$1 bilion (RM4.37 bilion), banyak yang akan direalisasikan pada akhir 2018.

J&J berkata, ia akan mempertimbangkan 'pilihan strategik' untuk unit perniagaan berprestasi lemah.

J&J akan meminta harga empat suku kira-kira AS$600 juta (RM2.62 bilion) berhubung dengan penstrukturan semula.

Penganalisis Leerink Swann, Danielle Antalffy pula berkata, pengumuman pada Selasa meningkatkan kemungkinan pengambilalihan untuk meningkatkan prospek peranti perubatan syarikat.

Beliau menyatakan J&J mempunyai kira-kira AS$37 bilion (RM161.74 bilion) dalam bentuk wang tunai.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment