Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Terpukau Akaun Mewah



"Suspek tunjuk kaya perdaya Datuk, Datuk Seri jana pelaburan auta"  

Butterworth : Individu kenamaan termasuk bergelar Datuk dan Datuk Seri antara mangsa terpedaya dengan seorang lelaki yang mendakwa pakar pelaburan dan mampu mendidik mereka yang mahu menjana wang sehingga jutaan ringgit melalui pelaburan forex atau urus niaga matawang.

Mereka yang juga ahli perniagaan itu antara 40 mangsa pernah tampil membuat laporan polis selepas ditipu melalui kelas dianjurkan lelaki berusia 25 tahun berkenaan.

Seorang lagi mangsa kelas pelaburan auta lelaki berkenaan dikenali Ahmad, 30, mendakwa dia serta individu bergelar Datuk dan Datuk Seri itu menyedari ditipu, tetapi enggan mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu menanggung malu apabila orang ramai mengetahui mereka ditipu.

Katanya dia serta 40 lagi rakannya adalah kumpulan pelajar kelas 'Ultimate' yang memerlukan mereka membayar yuran RM50,000 setiap seorang bagi mengikuti kelas pelaburan berkenaan.

“Saya membayar wang tunai kepada lelaki berkenaan bagi mengikuti kelasnya sebelum berkenalan dengan beberapa pelajar di kelas itu yang kini semuanya ditipu lelaki dikenali dengan panggilan Ijan itu.

“Bagi kelas 'Ultimate', kami perlu membayar RM50,000 manakala empat individu kenamaan yang bergelar Datuk dan Datuk Seri itu perlu membayar RM250,000 bagi mengikuti kelas 'Infinate',” katanya.

Ahmad mendakwa, modus operandi yang digunakan Ijan adalah sama apabila dia menunjukkan kekayaannya kepada mereka serta mendakwa boleh berkongsi cara untuk menjanakan keuntungan lumayan.
Beliau berkata, dia pernah melihat sendiri bagaimana Ijan menunjukkan baki wang di dalam akaun miliknya yang berjumlah jutaan ringgit dan disogok dengan baki akaun itu ramai yang mula percaya kepada lelaki auta itu.  

Menurutnya, kesan sogokan kemewahan Ijan itu, dia mula percaya dan nekad belaiar bermain forex dengan membayar wang berjumlah RM50,000.  

“Saya menggunakan duit simpanan untuk membayar wang yuran kelas berkenaan, termasuk wang tunai RM80,000 bagi modal pusingan pelaburan awal. 

"Ketika berada di dalam kelas Ijan, pelajaran yang diberikannya adalah sama seperti terdapat di dalam Internet, malah dia tidak menunjukkan secara langsung bagaimana dia membuat 'trade' sebaliknya hanya menunjukkan nota yang diperoleh daripada lnternet," katanya.  

Ahmad berkata, selepas selesai kelas, mereka banyak bertanya sesama sendiri sebelum terkejut apabila mendapat tahu mereka tidak mendapat pelajaran atau maklumat yang berguna seperti dijanjikan Ijan.  

Bukan itu saja, katanya, Ijan hanya tampil beberapa minit ketika sesi kelas bermula sebelum disambung oleh beberapa kenalandan orang kanannya.  

Menurutnya, dia mula sedar ditipu Ijan pada Jun lalu selepas lelaki berkenaan menghilangltan diri dan tidak menjawab telefon sebelum membuat laporan polis bersama 15 rakan lain yang ditipu.  

Sumber : Harian Metro (19 Januari 2016)  
Tulisan : Shamsul Munir Safini


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment