Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Tukang Gunting Nafi Samun Kedai Emas



"Hadapi dua pertuduhan curi 77 utas gelang tangan, lupus harta curi"  

Kuala Terengganu : Seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menyamun sebuah kedai emas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah majistret di sini semalam, atas dua pertuduhan mencuri 77 utas gelang tangan emas dan melupuskan harta curi.

Muhamad Safari Md Salleh, 35, dari Kampung Rhu Dua, Marang, yang bekerja sebagai tukang gunting, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Dia didakwa mencuri dalam bangunan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi.

Sebutan kes 31 Januari  
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri 77 utas gelang tangan emas milik Mat Zin Isa, 53, di Kedai Emas Mat Zin, pekan Bukit Payung, Marang, 4.45 petang pada 2 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Muhamad Safari turut didakwa melupuskan harta curi iaitu seutas gelang tangan emas seberat 69.79 gram di sebuah kedai emas di bandar Marang, jam 11.45 petang pada 3 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan.

Rozianti menetapkan 31 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua tuduhan.

Sumber : Berita Harian (18 Januari 2016)
Tulisan : Fitri Nizam


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment