Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas -15 Januari 2016



Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangkakan kekal rendah minggu ini memandangkan pelabur yakin dolar AS dan kadar faedah akan terus meningkat, kata seorang peniaga.

Mengikut asas Jumaat ke Jumaat, Januari 2016 susut 2.3 mata kepada RM153.55 segram, Februari 2016 susut 30 mata kepada RM153.50 segram, Mac 2016 turun 29 mata kepada RM153.85 segram manakala April 2016 susut 24 mata kepada RM154.25 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebanyak 288 lot bernilai RM4.46 juta berbanding 381 lot bernilai RM5.67 juta minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat susut kepada 1,325 kontrak berbanding 1,364 kontrak Jumaat sebelumnya.

Sementara itu, emas meningkat lebih tinggi pada Jumaat, selepas susut pada empat daripada lima sesi sebelum ini ekoran kejatuhan pasaran saham Asia yang menyokong logam berharga, walaupun kenaikan dihadkan oleh jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah AS.

Spot emas menambah 0.6 peratus kepada AS$1,083.76 seauns pada 0708 GMT, sementara niaga hadapan emas AS meningkat hampir satu peratus kepada AS$1,083.90. Spot emas susut 1.86 peratus minggu lalu, kemerosotan tertinggi sejak minggu berakhir 6 November.

Logam itu mencapai parastinggi dua bulan kepada AS$1,112 minggu sebelumnya disokong ketidaktentuan di pasaran saham China yang menjejaskan minat kepada risiko.

Namun, sejak itu dagangan susut selepas jangkaan kenaikan seterusnya dalam kadar faedah AS menjadikan permintaan ke atas emas lebih rendah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment