Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kelas Pelaburan Auta



"Wanita kesal tak sudah RM10,000 lebur"  
Kerana mahu menambah pendapatan sampingan serta mengejar hidup mewah yang diimpikan, seorang penjawat awam wanita mendakwa terjerat dan ditipu lebih RM10,000 selepas menyertai kelas pelaburan dianjurkan seorang lelaki di Damansara, Selangor, sejak November lalu.  

Wanita yang mahu dikenali sebagai Hafizah. 44, berkata, dia yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mula terjebak dengan pelaburan forex selepas diperkenalkan rakan sekerjanya.

Katanya, selepas mempelajari sedikit selok-belok pelaburan itu, dia terjebak dan mahu mempelajari lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan sebelum mereka menghubungi remaja berusia 25 tahun dikenali sebagai ljan yang mengaku guru dan pakar pelaburan forex berpangkat 'Datuk' di Damansara.

“Saya melihat sendiri gambar kereta mewah, wang tunai yang dimuat naik di laman sosial miliknya serta membaca testimoni peserta yang menghadiri kelas pelaburan dijalankannya di Kuala Lumpur itu.

“Dia memuat naik gambar kemewahan dimilikinya termasuk gambar memegang ketulan wang kononnya hasil pelaburannya," katanya di sini, semalam.

Hafizah mendakwa, mereka menghubungi lelaki berkenaan dan diberitahu yuran kelas pelaburan anjurannya antara RM10,000 hingga RM50,000 bergantung kepada pengisian kelas.

Beliau berkata, dia dan rakannya memilih pakej kelas RM10,000 dan hadir ke kelas pelaburan selepas memasukkan wang RM10,000, Ogos tahun lalu manakala rakannya mengikut jejaknya memasukkan jumlah yang sama pada September lalu sebelum dimaklumkan tarikh kelas menerusi WhatsApp.

"Selepas datang ke Kuala Lumpur, kami diberi kelas asas sama seperti yang terdapat di laman web mengenai pelaburan itu, selain tiada maklumat baru diperoleh.

Kami turut dikenakan denda RM600 sehingga RM2,000 sekiranya mahu mengemukakan soalan atau tidak dapat menjawab soalan yang dilontarkan Ijan, malah kami perlu membayar wang itu secara tunai," katanya. 

Hafizah berkata, selepas beberapa jam kelas berkenaan diadakan, tidak ramai mahu bertanyakan soalan kerana takut didenda dengan amaun berkenaan sehingga menyebabkan ramai tidak faham mengenai kelas berkenaan.

Katanya, selepas pulang dan mula melabur, mereka tidak dilayan, malah sebarang soalan diajukan di dalam grup WhatsApp dikendalikan ljan tidak berbalas selain hanya menyuruh mereka membuat seperti apa yang diajar.

"Bukan itu saja, ketika kami menelefon ljan, dia memberitahu sibuk dan menyuruh kami bercakap dengan orang kanannya dan ia berterusan sebegitu sehingga beberapa bulan.

“Menyedari seperti dipermainkan, kami mendapatkan nasihat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai perkara itu sebelum membuat laporan polis November lalu," katanya.

Hafizah berkata, selepas diselidik, mereka mendapat tahu ramai lagi yang ditipu lelaki licik berkenaan, malah diberitahu kekayaan diperoleh itu bukan daripada pelaburan, sebaliknya daripada kelas temberang dianjurkannya.

Beliau berkata, ada beberapa peserta kelas memberitahunya gambar kekayaan seperti kereta mewah dan gambar jumlah wang di dalam akaun yang kononnya daripada hasil pelaburan adalah palsu.

“Ijan hanya menggunakan gambar itu bagi memancing orang ramai menyertai kelas anjurannya dan kebanyakan kekayaannya hasil daripada kelas yang menggunakan bahan percuma yang boleh diperoleh daripada internet.

“Kami terkejut dengan maklumat itu dan berasa ditipu bulat-bulat lelaki berkenaan sebelum mendapat tahu dia masih giat menjalankan kegiatannya di dalam dan di luar negara," katanya.

Malah Hafizah berkata, dia pernah melihat ljan menunjukkan kad darjah kebesaran Datuk dimiliki isteri serta dirinya yang didakwa diperoleh dari Kelantan.

Beliau berkata, Ijan mendakwa dia anak angkat kepada Sultan Kelantan yang membolehkannya mendapat gelaran Datuk dan lebih mengejutkan, ljan mengaku lulusan pelajar Universiti Harvard, Amerika Syarikat sedangkan dia tidak pernah menamatkan pengajian di Universiti Selangor (UNISEL) pada 2014.

Berikutan itu, Hafizah membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam sebelum kesnya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Petaling jaya, Selangor (IPDPJ).

Sumber : Harian Metro (18 Januari 2016)
Tulisan : Shamsul Munir Safini


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment