Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 14 Januari 2016



Emas stabil semalam kerana pembeli menunaikan sebahagian daripada keuntungan yang dicatat pada sesi sebelumnya, tetapi logam itu kekal tertakluk tekanan positif daripada penurunan dalam pasaran saham dan kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Semalam, saham jatuh di Eropah dan Asia berikutan kerugian besar di Wall Street, selepas turun naik saham China pada awal tahun menjejaskan selera untuk risiko.

Keadaan itu membantu harga emas melonjak ke paras tertinggi dua bulan pada AS$1,112 minggu lalu, walaupun ia bergantung kepada harga minyak mentah dan logam industri.

Spot emas berada pada AS$1,092.10 seaun pada 1020 GMT, sedikit berubah daripada AS$1,093.11 lewat kelmarin, manakala niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Februari meningkat AS$4.80 seaun pada AS$1,091.90.

Dana dagangan bursa disokong emas terbesar dunia, Saham Emas SPDR yang tersenarai di Bursa New York, melaporkan kenaikan 2.4 tan dalam pegangannya kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan aliran masuk bagi keseluruhan tahun kepada 11.7 tan.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut ke paras terendah sejak Februari tahun 2004 semalam disebabkan prospek lebih banyak bekalan minyak dari Iran, menambah kepada kesuraman seluruh dunia yang sudah dibanjiri bekalan serta kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global.

Keadaan itu membantu menekan jangkaan inflasi jangka panjang, kekuatan yang boleh mengangkat harga emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment