Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Januari 2016



Harga emas susut semalam berikutan lantunan pasaran saham mengurangkan daya tarikan logam itu sebagai pelaburan selamat dengan tekanan tambahan diberikan susulan pengukuhan dolar.

Saham Asia membuat rali sebenar pertama tahun ini selepas data perdagangan China mengatasi jangkaan, menawarkan harapan kepada ekonomi global.

Lantunan lewat dalam saham berkaitan tenaga dan bioteknologi membantu menolak naik S&P 500 untuk hari kedua berturut-turut Selasa dan indeks FTSEurofirst 300 menokok 1.1 peratus selepas jatuh pada empat sesi sebelum ini.

Emas semerta susut 0.8 peratus kepada AS$1,081.80 satu auns pada 0725 GMT dan dagangan hadapan emas AS jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,081.80.

Rali harga emas pada awal Januari ke paras tertinggi sembilan bulan kini kekurangan momentum susulan jangkaan kenaikan lanjut kadar faedah AS mengurangkan permintaan bagi aset yang tidak tertakluk kepada kadar faedah seperti emas.

Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah pada Disember dan perhatian sekarang ialah berapa banyak lagi kenaikan akan disusuli pada 2016.

Simpanan dana tukaran perdagangan bersandarkan emas terbesar dunia, SPDR Gold Shares, naik 2.1 tan pada Isnin, demikian menurut data dikeluarkan dana itu.

Antara logam berharga lain, palladium jatuh untuk tiga sesi berturut-turut kepada AS$468 satu auns selepas jatuh ke paras terendah lima setengah tahun AS$449.55 satu auns pada Selasa.

Perak jatuh 0.1 peratus kepada AS$13.775 satu auns, manakala platinum mencatat perubahan kecil pada AS$837 satu auns.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment