Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN PELABURAN : Datuk Penipu Dijel 4 Tahun



"Bekas isteri turut mengaku subahat jual tiket MAS, Formula 1 babit kerugian RM6.7 juta"  

Ahli perniagaan bergelar Datuk dipenjara empat tahun manakala bekas isterinya dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, masing- masing atas pertuduhan menipu pelabur dan bersubahat berhubung tiket Malaysia Airlines (MAS) dan tiket Formula l membabitkan kerugian kira-kira RM6.7 juta. 

Hakim Abdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Sabri Abdul Manaf, 65, dan Felinnia Saruti Sadri, 37, apabila bekas pasangan itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.  

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan, iaitu 21 Januari lalu. 

Mengikut 34 pertuduhan, Ahmad Sabri antaranya didakwa memperdaya 14 individu untuk membuat pelaburan berkaitan perniagaan MAS iaitu pembelian dan penjualan semula tiket penerbangan bagi mendapat pulangan modal serta keuntungan antara 10 dan 25 peratus.

Dia juga didakwa memperdaya mangsa membuat pelaburan berkaitan perniagaan MAS, iaitu tender selimut bagi pulangan modal dan keuntungan sebanyak 25 pcratus. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bangsar Shopping Centre, CIMB KLCC, CIMB Damansara Utama, Maybank Raja Laut dan One World Hotel Bandar Utama di sini, antara April 2010 dan April 2011.

Ahmad Sabri turut dituduh menerima deposit tanpa lesen sah daripada orang awam mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Sementara itu, Felinnia Saruti didakwa bersubahat dengan suaminya terhadap 21 pertuduhan menipu 13 individu dan menerima deposit tanpa lesen sah, membabitkan RM5.2 juta.

Mengikut fakta kes, Ahmad Sabri mengambil deposit tanpa lesen berhubung pembelian, penjualan tiket penerbangan ke London, tender selimut MAS dan tiket Formula 1 serta meyakinkan pelabur bahawa dia mempunyai keistimewaan untuk mendapat harga murah.

Sumber : Harian Metro (08 Disember 2015)
Tulisan : Sarah Zulkifli


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment