Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN PELABURAN : Datuk, Bekas Isteri Dipenjara 4 Tahun



"Pasangan hadapi 54 tuduhan menipu, ubah wang haram"  

Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 54 tuduhan menipu dan pengubahan wang haram membabitkan pembelian serta penjualan semula tiket Penerbangan Malaysia (MAS), berjumlah RM6.7juta.

Hakim Abdul Rashid Daud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Sabri Abdul Manaf, 65, bagi setiap 34 tuduhan menipu, 19 pertuduhan pengubahan wang haram serta satu tuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas isterinya, Felinnia Saruti Sadri, 37, bagi setiap 19 pertuduhan bersubahat untuk menipu, 19 tuduhan melakukan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah.

Hukuman berjalan serentak  
Mahkamah bagaimanapun, memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 21 Januari lalu, selepas kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk perbicaraan.

Ahmad Sabri didakwa dengan niat menipu 12. individu untuk membuat pelaburan berkaitan penjualan semula tiket penerbangan MAS sempena musim perlumbaan Formula 1 (FI) di Litar Antarabangsa Sepang, April 2011, bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan sebanyak 10 dan 15 peratus dalam perniagaan itu.

Perbuatan itu mendorong semua mangsa menyerahkan wang berjumlah RM6.7 juta di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, antara April 2010 dan Februari 2011.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Tanpa lesen sah  
Dia turut didakwa atas 19 tuduhan mengubah wang haram dan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di CIMB Bank, cawangan KLCC, Lot C04-C05, Concourse Level, Lot C, Suria KLCC, di sini, antara 15 April 2010 hingga 18 Februari 2011.

Bagi kedua~dua kesalahan itu, Ahmad Sabri didakwa mengikut Seksyen 25(1) dan Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-lnstitusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Sementara itu, Felinnia Saruti didakwa atas tuduhan bersubahat menipu individu sama di tempat sama, pada tarikh dan mengikut seksyen sama.

Terdahulu, Ahmad Sabri dalam rayuannya menerusi peguam Datuk Mohd Shahrom Mohamad, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mengindapi penyakit pneumonia yang serius. 

Peguam Ahmad Faris Khairudin mewakili Felinnia Saruti, turut merayu supaya anak guamnya dijatuhi hukuman penjara bermula dari tarikh direman kerana perlu menjaga anak yang masih kecil serta kesalahan itu dipengaruhi bekas suaminya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nurshuhaida Zainal Azahar, membantah rayuan itu dan memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sumber : Berita Harian (08 Disember 2015)
Tulisan : Farah Marshita Abdul Patah


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment