Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Disember 2015



Dagangan emas menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran menjelang kenaikan kadar faedah AS minggu depan, dengan penyusutan nilai dolar gagal mencetuskan minat belian dalam logam berharga itu.

Pelabur jongkong emas berhati-hati berikutan bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam hampir sedekad pada mesyuarat 15-16 Disember ini.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan mengurangkan minat terhadap emas yang tidak dipengaruhi naik turun kadar faedah, yang sudah jatuh hampir sembilan peratus dalam nilainya tahun ini dan kelihatan berada di landasan untuk mencatat kejatuhan untuk tahun ketiga.

Emas semerta diniagakan pada AS$1,073.58 satu auns pada 0642 GMT, selepas ditutup 0.1 peratus lebih rendah dalam sesi dagangan sebelumnya.

Logam itu minggu lalu susut kepada AS$1,045.85, terendah sejak Februari 2010, tetapi pulih sederhana buat untuk tempoh singkat.

Gambaran teknikal bagi emas kelihatan neutral pada AS$1,064-AS$1,084, tetapi lebih menuju ke arah penurunan harga, demikian menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao.

Emas gagal mencatat kenaikan sungguhpun indeks dolar mencatat penyusutan 1.1 peratus pada Rabu ke paras terendah dalam sebulan.

Dolar yang lebih lemah menjadikan emas lebih murah dibeli bagi pembeli bukan dolar.

Tetapi, kenaikan kadar faedah AS mengehadkan kenaikan lanjut.

Di pasaran fizikal, premium emas di India jatuh minggu ini kerana lantunan sederhana harga menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian.

Bagaimanapun, minat belian di China kekal kukuh menjelang pesta musim bunga tahun depan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment