Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Disember 2015



Emas susut semalam dan menuju kepada penurunan ketujuh mingguan dalam tempoh lapan minggu selepas pelabur menumpu perhatian kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.

Laporan penggajian bukan perladangan AS yang kukuh minggu lalu mengukuhkan jangkaan kenaikan pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan pada 15 hingga 16 Disember ini.

Jangkaan kenaikan adalah buat kali pertama dalam tempoh sedekad dan akan menjejaskan permintaan kepada emas, aset pembayaran tanpa faedah.

Spot emas susut 0.2 peratus kepada AS$1,069.50 seauns pada 0646 GMT, selepas ditutup hampir tidak berubah pada dua sesi sebelum ini.

Bagi tempoh seminggu, aset selamat itu susut 1.6 peratus.

“Jika Fed menaikkan kadar, emas mungkin memberi reaksi lebih rendah,” kata penganalisis HSBC, James Steel dengan menambah logam itu akan berada pada jajaran itu sehingga mesyuarat minggu berikutnya. 

Peningkatan dolar mengehadkan minat kepada emas. Mata wang itu melonjak kepada sesi kedua pada Jumaat, melanjutkan lonjakan semula daripada paras rendah satu bulan berikutan jangkaan kenaikan kadar. 

Kelemahan dalam minyak mentah juga menjejaskan harga emas. Kejatuhan minyak meningkatkan kebimbangan kepada deflasi, faktor negatif kepada emas yang mana kerap digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi yang diterajui minyak.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment