Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ROMPAKAN BERSENJATA : Serangan RM1.4 Juta Di Hentian Rehat



"4 ejen jual beli emas dirompak 5 lelaki"

Ipoh - Empat lelaki yang dipercayai ejen perniagaan jual beli emas mengalami kerugian RM1.4 juta selepas wang tunai dibawa mereka di dalam kereta Mercedes Benz disamun lima lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, arah selatan, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam, lima suspek menaiki dua kereta iaitu Toyota Vios dan Honda Civic dipercayai mengepung kereta mangsa dari belakang dan hadapan sebelum kelima-lima mereka yang memakai topeng muka serta bertopi keledar keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, keempat-empat mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dipercayai singgah ke R&R berkenaan sebelum dua daripada mereka turun membeli makanan manakala dua yang lain berada dalam kereta.

Menurutnya, kelima-lima suspek yang mengepung kereta mangsa turun dari kenderaan sebelum seorang suspek memecahkan cermin sisi serta cermin hadapan kereta menggunakan tukul besi manakala dua lagi suspek mengacukan pistol ke arah kedua-dua mangsa.

Katanya, suspek mengarahkan mangsa supaya tidak keluar dari kenderaan sebelum membuka bonet belakang kereta mangsa dan mengambil wang yang disimpan di dalam dua kotak iaitu kotak air mineral dan kotak Milo.

“Selepas mendapatkan wang itu, kelima-lima suspek menaiki kenderaan mereka sebelum melarikan diri ke arah selatan dan hasil semakan mendapati nombor pendaftaran digunakan mereka adalah palsu.

“Hasil temu bual dengan keempat-empat mangsa, mereka dipercayai tidak mengetahui kenderaan mereka diekori dan terkejut apabila dikepung kedua-dua kenderaan suspek," katanya yang ditemui selepas Seminar Pencegahan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM),di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai menjalankan perniagaan jual beli emas persendirian dan pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli emas dengan membawa wang tunai yang diambil daripada pembeli.

“Tiada tembakan dilepaskan suspek dan semua mangsa tidak cedera. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.

Sumber : Harian Metro (04 Disember 2015)
Tulisan : Mohd Hafizee Mohd Arop


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment