Harga emas mengekalkan kenaikan semalaman dan kelihatan berada di landasan untuk mencatat kenaikan enam minggu berikatan kejatuhan nilai dolar menyebabkan logam itu berlegar di atas paras terendah 2010 menjelang data pembayaran bukan perladangan AS.
Logam itu naik hampir satu peratus semalaman selepas langkah monetari Bank Pusat Eropah tersasar di bawah jangkaan, menaikkan euro dan menyebabkan dolar jatuh ke paras terendah dalam satu bulan.
Emas semerta berada pada AS$1,061.60 satu auns pada 0646 GMT dan dijangka mencatat kenaikan 0.3 peratus minggu ini.
Pelabur tidak memasuki pasaran dan menumpu kepada laporan pekerjaan AS bagi mendapatkan petunjuk berhubung kekukuhan ekonomi dan bagaimana ia memberi kesan dasar monetari Rizab Persekutuan.
“Data pembayaran gaji AS yang kukuh mampu menolak harga emas kepada defensif,” kata HSBC dalam satu nota.
Emas jatuh ke paras terendah hampir enam tahun AS$1,045.85 pada awal Khamis disebabkan kebimbangan kenaikan kadar faedah AS.
Rizab Persekutuan dijangka menaikkan kadar faedah pada mesyuarat yang akan diadakan pada 15-16 Disember.
Kadar faedah yang lebih tinggi menolak turun daya tarikanemas.
Pelabur menarik keluar daripada dana jongkong emas.
Aset di SPDR Gold Trust berada di paras terendah sejak September 2008.
Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen, bercakap di hadapan Jawatankuasa Ekonomi Bersama Kongres pada Khamis, berkata AS berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah.
Laporan yang mantap menyokong untuk membolehkan kadar faedah dinaikkan pada Disember, menaikkan tarikan dolar dan memalapkan emas.
“Kelemahan jangka pendek lanjut dolar akan menyokong kerumitan. Paras sokongan bagi emas pada pertengahan 1,040 dan paras rintangan pada 1,060,” kata peniaga di MKS Group, James Gardiner.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment