Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Hutang Kerajaan Persekutuan RM623.3 Bilion



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu Dewan Rakyat semalam, bahawa kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.

“Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

“Sementara tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan setakat tarikh sama, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 53.7 peratus,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Berhubung hutang yang dijamin kerajaan, Johari berkata, jumlahnya RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.

“Pemberian jaminan ini bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang untuk manfaat rakyat secara keseluruhan.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga mengeluarkan sejumlah RM30 bilion bagi melaksanakan program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

“Komitmen itu dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membayar balik pinjaman.

“Ia juga telah diambil kita dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran deñsit sedia ada,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment