Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Disember 2015



Harga emas menokok semalam susulan kelemahan nilai dolar dan harga yang lebih stabil tetapi logam itu menuju untuk mencatat kejatuhan tahun ketiga berturut-turut.

Emas dijangka mengakhiri 2015 hampir 10 peratus lebih rendah, disebabkan kebanyakannya oleh jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi akan memberi kesan kepada permintaan emas.

Emas semerta naik 0.3 peratus kepada AS$1,071.80 satu auns pada 1001 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus pada sesi sebelumnya.

Jumlah dagangan tipis pada minggu dagangan terakhir 2015.

“Bagi jangka pendek, emas dijangka tidak berubah kerana dana hampir ditutup bagi memulakan dagangan tahun baharu,” kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Dolar jatuh 0.1 peratus berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih murah bagi pembeli asing.

“Mata wang AS terus menjadi pendorong utama bagi emas dan prestasinya menuju ke depan,” kata penganalisis.

Dibantu ekonomi AS yang bertambah baik, Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah bagi kali pertama dalam hampir sedekad bulan ini dan membayangkan kenaikan lanjut pada 2016.

“Kejatuhan harga emas dijangka berterusan pada 2016, akan ada lebih banyak kenaikan kadar faedah di AS daripada jangkaan.

“Emas dilihat sebagai pelindung nilai ke atas inflasi dan harga rendah minyak menjadikan pelabur kurang berminat untuk membeli emas,” kata penganalisis di ABN Amro, Georgette Boele.

Penanda aras Brent berlegar pada paras terendah 11 tahun semalam.

Aset SPDR Gold Trust jatuh 0.18 peratus kepada 643.56 tan pada isnin, ditutup ke paras terendah tujuh tahun.

Gambaran teknikal juga lemah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment