Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Disember 2015



Emas susut semalam, menjejak harga minyak lebih rendah, namun gagal menarik pelabur kepada simpanan selamat itu walaupun dolar dan ekuiti Asia lemah ekoran kecairan kekal perlahan pada minggu singkat.

Spot emas susut 0.2 peratus kepada AS$1,073.10 seauns pada 0702 GMT. Perak susut hampir satu peratus kepada AS$14.21. Harga minyak susut selepas hujung minggu panjang sempena Krismas dengan pasaran produk dan minyak mentah global masih kekal bekalan melebihi permintaan.

Emas mendapat reaksi positif kepada minyak selepas ia dilihat sebagai aset lindung nilai terhadap inflasi petroleum.  

Indeks dolar juga susut, bergerak ke arah paras rendah dua bulan yang dicatatkan awal bulan ini.

Pasaran Asia juga jatuh di tengah-tengah kekurangan isyarat segera dalam tempoh dagangan akhir tahun yang sederhana.

Beberapa pasaran termasuk Australia dan kebanyakan pasaran di Eropah kekal ditutup semalam selepas perayaan Krismas.

Kebanyakan pasaran juga akan ditutup Jumaat ini sempena cuti Tahun Baharu.

“Dengan minggu singkat, saya tidak fikir untuk melihat lebih banyak reaksi. Kita mungkin melihat pergerakan mendadak disebabkan kecairan lemah dalam pasaran.

“Awal tahun depan, emas mungkin bergerak lebih rendah selepas dolar dijangka kekal kukuh bagi separuh pertama,” kata peniaga di Hong Kong.

Kadar lebih tinggi akan menjejaskan permintaan kepada emas, sementara itu ia memacu dolar.

Emas ditetapkan menutup tahun ini dengan kejatuhan sekitar sembilan peratus, kerugian tahun ketiga berturut-turut, dengan sebahagian besar disebabkan kenaikan pertama kadar AS bulan ini.

Kebanyakan peniaga dan penganalisis menjangkakan emas susut kepada AS$1,000 seauns atau lebih rendah tahun depan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment