Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Agihan Pendapatan ASN 6.10 Sen Seunit



"Agihan diumum PNB setimpal dengan situasi ekonomi semasa"  

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, berbanding 6.45 sen seunit yang diagihkan pada 2014. 

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM106.72 juta dan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN.  

Katanya, sehingga 23 Disember, ASN mencatat pendapatan kasar RM126.27 juta.

"Daripada jumlah ini, pendapatan hasil keuntungan jualan saham menyumbang 63.3 peratus, diikuti dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat (28 peratus) dan instrumen lain (8.7 peratus). 

"Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai bersih setakat 31 Disember ini,' katanya pada sidang media selepas pengumuman itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Januari 1016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.

Semua urus niaga ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat atau ejennya digantung pada 24 Disember lalu sehingga 3 Januari ini bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan dan urus niaga boleh dijalankan semula pada 4 Januari 2016.

Keadaan ekonomi semasa
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata keputusan membayar agihan pendapatan ASN itu setimpal dicerminkan keadaan ekonomi semasa. 

Katanya, walaupun berdasarkan kapasiti tahun ini ASNB boleh membayar lebih daripada 10.5 sen, Lembaga Pengarah berpendapat kadar 6.1 sen sudah bersesuaian dan dijangka prestasi tahun depan akan lebih baik.

"Prestasi instrumen lain adalah lebih kurang sama. Menyedari pasaran turun sedikit pada tahun ini, kami mengharapkan tahun depan yang letih baik.

"Bahkan jika dilihat anggaran daripada pihak broker turut menggambarkan prestasi tahun depan akan lebih baik berbanding tahun ini," katanya.

Sumber : Berita Harian (29 Disember 2015)
Tulisan : Che Wan Badrul Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment