Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN PERUMAHAN : 3 Skim 'Ghaib'



"Jual rumah guna konsep Islam pikat pembeli"  

Penjualan rumah menggunakan konsep Islam, Skim Tawaran Rumah Impian 1Malaysia dan Skim Sewamilik adalah tiga skim yang dikesan tidak mengikut garis panduan ditawarkan pemaju swasta untuk 'memikat' pembeli.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN) Datuk Mohamad Yusoff Ghazali berkata, skim ini ditawarkan untuk memasarkan produk perumahan mereka berikutan permintaan dalam pasaran perumahan yang tinggi.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima, pihaknya mendapati tiga skim terbabit adalah antara yang menjadi tarikan pembeli rumah terutama yang kali pertama terbabit dalam pembelian hartanah.

“Menerusi penjualan rumah menggunakan konsep Islam, pembeli akan mendapat hadiah tunai sebanyak RM500 selama 36 bulan atau sehingga kunci rumah diserahkan kepada pembeli selepas perjanjian ditandatangani.

“Pembeli yang berminat untuk memiliki rumah ditawarkan oleh pemaju perlu mendapat pinjaman peribadi teriebih dahulu dan seterusnya membayar sepenuhnya kepada peguam yang dilantik oleh pemaju berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini. semalam

Mohamad Yusoff berkata, Skim Tawaran Rumah Impian 1Malaysia pula memerlukan pembeli rumah berminat membayar RM500 untuk menjadi ahli dan kad diskaun boleh digunakan untuk melancong, tempahan hotel serta boleh mendapatkan diskaun rumah sehingga RM 30,000.

Katanya, pembeli juga dijanjikan rumah berkenaan akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun, namun lokasi projek belum dikenal pasti.

Menurutnya, tawaran Skim Sewamilik pula membabitkan penyewamilik menyewa rumah yang dipersetujui dalam tempoh 30 tahun dan mendapat hak pemilikan rumah selepas tamat tempoh dengan jaminan pelaburan sebanyak RM200,000.

Katanya. bayaran sewamilik bulanan adalah antara RM450 hingga RM1,300 dan pemaju memaklumkan rumah dijangka siap dalam tempuh masa tiga hingga lima tahun selepas membuat bayaran pemilikan awal.

 “JPN ingin menjelaskan tatacara penjualan perumahan seperti skim ini tidak mengikut garis panduan seperti termaktub dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118) dan Peraturan-peraturan.  

"Bakal pembeli dinasihatkan supaya berhati-hati dengan skim perumahan ini kerana tatacara penjualan ini tidak terjamin dan hak pembeli rumah tidak dilindungi mengikuti Akta 118," katanya.  

Sehubungan itu, Mohamad Yusoff menasihati bakal pembeli rumah supaya sentiasa memastikan kesahihan skim ditawarkan pemaju serta memahami sepenuhnya skim ini sebelum membeli rumah idaman mereka. 

Katanya, sebelum memebeli rumah, bakal pembeli perlu peka dan meneliti dulu beberapa perkara termasuk lesen pemaju perumahan, permit iklan, jualan yang sah dan masih berkuat kuasa serta kebenaran merancang dan pelan susun atur diluluskan oleh pihak berkuasa ternpatan (PBT).  

Menurutnya, pembeli juga perlu memastikan tanah berstatus perumahan dan pecah sempadan sudah diluluskan di pejabat tanah dan surat perjanjian jual dan Beli (SPJB) yang seragam mengikut Peratusan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.  

“Selain skim tawaran ini, terdapat juga pemaju dan koperasi yang memajukan kawasan perumahan tanpa memiliki lesen serta permit iklan dan jualan yang dikeluarkan mengikut Akta 118.  

“JPN juga sedang menyiasat pihak yang terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan pembeli rumah," katanya. 

Sumber : Harian Metro (22 Disember 2015)  
Tulisan : Hayati Ibrahim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment