Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Disember 2015



Emas jatuh semalam berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelemahan harga minyak mentah yang menjadikan logam berharga itu pada kedudukan mantap untuk mencatatkan kerugian tahunan tiga tahun berturut-turut.

Harga emas jatuh hampir 10 peratus daripada nilainya tahun ini, sebahagian besarnya berikutan kebimbangan kadar faedah AS yang tinggi akan menjejaskan logam berharga itu.

Kontrak semasa emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,067.01 seaun pada 1044 GMT. Jumlah dagangan lengang berikutan minggu cuti umum yang panjang.

“Permintaan emas fizikal terus agresif di Timur Jauh berbanding Oktober serta November dan bersandarkan kepada itu emas sepatutnya lebih tinggi, tetapi ia dilihat tekanan daripada dolar AS,” kata Ketua Dagangan MKS SA, Afshin Nabavi.

Dengan perangkaan merangsang pasaran adalah terhad minggu ini, penjaga logam berharga akan bergantung kepada petunjuk daripada pasaran mata wang dan minyak.

Emas berkait secara positif dengan minyak kerana ia dilihat sebagai pelindung nilai kepada inflasi minyak, sementara pengukuhan dolar AS menjadikan emas lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Dolar AS meningkat 0.1 peratus kumpulan enam mata wang utama lain dan berada pada landasan kukuh mencatatkan peningkatan tahunan 10 peratus.

Tinjauan untuk harga emas tidak begitu cerah tahun depan, dengan beberapa penjaga dan broker menjangkakan kejatuhan dalam harga kepada AS$1,000 atau di bawah pada awal 2016.

Aset SPDR Gold Trust, berada pada paras terendah dalam tujuh tahun, sementara belian pendek dalam kontrak emas COMEX menghampiri paras tertinggi.

Perak jatuh 0.5 peratus kepada AS$13.83 seaun, paladium naik 0.3 peratus kepada AS$558.21 seaun dan platinum jatuh 0.3 peratus kepada AS$885.80 seaun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment