Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 Disember 2015



Harga emas menokok semalam dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengumumkan kenaikan kadar faedah pertama dalam hampir sedekad dicemari pula dengan spekulasi membayangkan akan berlaku kenaikan pada kadar yang lebih perlahan pada masa depan.

Harga emas jatuh 10 peratus tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan spekulasi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, menaikkan kos peluang memegang jongkong emas dan sebaliknya melonjakkan nilai dolar.

Emas pulih daripada paras terendah hampir enam tahun bulan ini, bagaimanapun, berikutan peralihan perhatian daripada bila kenaikan pertama kadar faedah akan dilakukan hingga kepada kadar kenaikan berikutnya pada masa depan.

Emas semerta naik 0.5 peratus kepada AS$1,065.40 satu auns pada 1030 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Febuari naik AS$3.10 satu auns kepada AS$1,064.70.

Rizab Persekutuan mengumumkan keputusan berhubung kenaikan kadar faedah pada 1900 GMT, dengan pasaran bersedia bagi kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada antara 0.25 dan 0.50 peratus.

Pengerusinya, Janet Yellen akan menyusuli dengan satu kenyataan.

Kaji selidik Reuters membabitkan lebih 90 pakar ekonomi yang dibuat antara 4 Disember dan 9 Disember, menjangka kenaikan sebanyak 90 peratus.

Pegangan SPDR Gold Trust berada di paras terendah sejak September 2008.

Data Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) menunjukkan pelabur membuat pertaruhan bearis ke atas emas.

“Pasaran emas lesu daripada penerimaan dana tukaran perdagangan bersandarkan emas dan permintaan terhadap barang kemas pula kekal lemah,” kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Antara logam berharga, perak menokok 0.6 peratus kepada AS$13.83 satu auns, selepas jatuh ke paras terendah dalam lebih enam tahun awal minggu ini pada AS$13.60 satu auns.

Platinum naik 1.3 peratus kepada AS$866.25 satu auns dan palladium menokok 0.1 peratus pada AS$565.31 satu auns.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment