Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Disember 2015



Harga emas terjejas daripada penurunan semalaman dan logam itu dilihat terdedah untuk susut kembali ke paras terendah dalam masa beberapa tahun berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) minggu ini.  

Rizab Persekutuan (Fed) akan memulakan mesyuarat dasar terakhirnya lewat malam tadi.

Pada akhir mesyuarat dua hari itu, bank pusat AS berkenaan dijangka akan menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak Jun 2006.

Kadar faedah lebih tinggi dijangka menjejaskan permintaan bagi logam yang tidak menanggung faedah, namun mengukuhkan nilai dolar.

Emas sudah pun susut 10 peratus pada tahun ini, penurunan tahunan ketiga berturut-turut berikutan jangkaan kadar faedah lebih tinggi.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS $1,063.80 seauns menjelang 0613 GMT, selepas susut 1.1 peratus pada Isnin.

Harganya hanya kurang AS$20 daripada paras terendah enam tahun AS$1,045.85 yang direkodkan pada awal bulan ini.

Peniaga dan penganalisis menjangkakan harga emas akan terus susut. Merrill Lynch pada Jumaat lalu berkata ia menjangkakan emas akan turun kepada AS$950 pada awal 2016 disebabkan kenaikan kadar faedah AS.

Pendapatnya itu menuruti firma pembrokeran lain termasuk Goldman Sachs yang meramalkan penurunan di bawah AS$1,000. Minyak mentah Brent diniagakan hampir ke paras terendah dalam 11 tahun.

Harga minyak lebih rendah akan mencetuskan kebimbangan deflasi, isyarat tidak baik bagi emas kerana ia sentiasa dipandang sebagai pelindung inflasi.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment