Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Edisi Terkini Wang Emas Diperkenalkan



Kelantan sekali lagi memperkenalkan edisi baharu mata wang emas berlandaskan syariah iaitu dinar dan wafer emas serta dinar emas dan dirham perak.

Mata wang yang menggunakan arms dan perak itu mempunyai nilai muka sah untuk dijual atau sebagai gadaian di kedai pajak gadai Islam seperti Ar Rahn atau Ar Rahnu.

Diuruskan Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMDK), KGT menawarkan wafer, dinar dan dirham terbabit mulai semalam, yang boleh dibeli oleh orang ramai sebagai satu pelaburan atau simpanan.

Bagi wafer emas bersaiz muka 15 x 8 milimeter (mm) bersamaan berat 1.0 gram dengan ketulenan emas 999 manakala dinar emas dengan nilai muka Satu Dinar seberat 4.250 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan emas 917.

Dirham perak pula dua jenis diperkenalkan iaitu yang bernilai Satu Dirham seberat 2.975 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan perak 999 dan Dirham Belia seberat 29.75 gram berukuran diameter 41 mm dengan ketulenan perak 999.

Produk dinar emas lain yang ditawarkan ialah dalam bentuk 1/2 Dinar, Dua Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar, bagi Dirham perak pula, Dua Dirham, 5 Dirham, 10 Dirham dan 20 Dirham manakala Dirham Belia dan Dirham Wanita, masing-masing 10 Dirham.

Dijual ikut harga semasa
Mata wang syariah itu dijual oleh KGT mengikut harga semasa pasaran emas dan perak dan sedia membeli semula daripada jualan balik oleh orang ramai juga mengikut harga semasa dengan sedikit pemotongan bagi kos naik turun harga logam berkenaan selepas itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri sebelum ini sudah memperkenalkan dinar dan wafer emas pada bulan Ogos 2010 yang dilancarkan oleh Allahyarham bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, katanya disebabkan beberapa masalah termasuk dari segi ketulenen produk dipersoalkan seperti tiada nombor siri dan sijil ketulenan, maka ia kurang mendapat sambutan sehinggalah diperkenalkan dalam bentuk edisi baharu yang dijamin ketulenannya.

Antara ciri baharu ketulenan logam itu diperkenalkan dan dijamin oleh KGT ialah setia produk berkenaan mempunyai nombor siri, kod dan sijil pengesahan.

"Walaupun bukan mata wang yang boleh digunakan dalam kegiatan ekonomi semasa untuk urusan jual beli dan perniagaan tetapi ia sebagai mata wang syariah yang boleh dijadikan sandaran pelaburan dan simpanan wang dalam bentuk emas dan perak.

Boleh dijadikan hadiah
“Ia juga leh dibeli untuk dijadikan hadiah atau pun sebagai mas kahwin kerana ia mempunyai nilai dan sah dijual beli," katanya pada majlis Pelancaran Dinar dan Wafer Emas Edisi Baharu keluaran KGT, di Kota Darulnaim di sini, baru-baru ini. Yang turut hadir Pengurus Besar KGT Khalily Ab Kadir.

Ahmad berkata, sebagai sokongan bagi mengukuhkan KGT sebagai pemain dalam industri periagaan emas di negeri ini, kerajaan negeri juga menetapkan dasar setiap syarikat perlombongan emas di negeri ditetapkan menjual 30 peratus logam itu kepada KGT.

Katanya, langkah itu sebagai menjaga kepentingan logam itu tidak sewenang-wenangnya dipasarkan sepenuhnya kepada pihak luar.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment