Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ROMPAKAN KEDAI EMAS : Kaca Tak Lut



"Dua lelaki berkapak cabut takut terperangkap dalam kedai emas"
Seremban - Cubaan dua lelaki bersenjata kapak untuk menyamun sebuah kedai barang kemas di Senawang Jaya, di sini, semalam, gagal apabila rak kaca yang menyimpan barangan itu tidak mampu dipecahkan mereka.

Sumber berkata, cubaan penjenayah memecahkan rak kaca berkenaan sebanyak tiga kali tidak berhasil, malah menyebabkan pintu keselamatan yang dipasang pada premis berkenaan turun dengan sendiri. 

Katanya, suspek yang bimbang terperangkap dalam premis itu segera melarikan diri.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10.40 pagi, dua lelaki bermotosikal dan memakai topi keledar masuk ke dalam premis dan cuba menghentak kaca tempat penyimpanan barang kemas dengan kapak tetapi gagal. 

"Rak kaca berkenaan dipasang alat pengesan yang bersambung dengan sebuah pintu keselamatan menyebabkan ia tertutup secara automatik apabila ada cubaan memecahkan kaca terbabit.

"Apabila rak itu gagal dipecahkan, pintu berkenaan hampir tertutup menyebabkan suspek segera melarikan diri," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian difahamkan ada tiga pelanggan dan beberapa pekerja dan semua mereka tidak cedera.

"Difahamkan, kedai itu perbah dirompak dua kali sebelum ini menyebabkan pemilik premis memasang peralatan keselamatan yang berteknologi tinggi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya kini giat memburu suspek.

Tulisan : Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment