Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Oktober 2015



Emas susut semalam berikutan aktiviti pengambilan untung, namun sebahagian besar ia mengekalkan keuntungan daripada lonjakan terbesar dalam tempoh sembilan bulan pada sesi sebelumnya susulan kelemahan data pekerjaan AS yang meredakan kebimbangan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,134.91 seauns pada 0635 GMT. Logam itu meningkat 2.2 peratus pada Jumaat, peningkatan satu hari terbesar sejak 15 Januari.

Emas, yang mana terjejas sepanjang tahun oleh jangkaan bahawa bank pusat AS akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi, melonjak selepas kejatuhan dolar.

Bagaimanapun, logam itu masih rendah hampir empat peratus tahun ini.

“Fed tidak mungkin memulakan normalisasi dasar seawal bulan ini dan juga Disember,” kata penganalisis ANZ yang merujuk kepada dua mesyuarat yang dijadualkan berlangsung tahun ini.

Fed enggan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar pada September, susulan kelemahan ekonomi dan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.

Kadar lebih tinggi akan menjejaskan permintaan kepada emas bukan faedah, walaupun ia memacu dolar. “

Kami berpendapat daya tahan emas baru-baru ini disebabkan sebahagian besarnya peningkatan jangkaan ekonomi AS, bersama-sama dengan keadaan China, mungkin ini menjadi perlahan dan mungkin memujuk Fed untuk menangguhkan menaikkan kadar lagi,” kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Perak juga mencatat rali bersama emas, naik 5.4 peratus pada Jumaat, kenaikan mendadak sejak 24 Disember 2014.

Pada Isnin, logam itu meningkat kepada paras tertinggi dua minggu kepada AS$15.35, sebelum bergerak lebih rendah.

Platinum juga didagangkan naik 0.8 peratus kepada AS$912, selepas mencatat paras rendah tujuh tahun, iaitu AS$888 pada sesi sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment