Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Penganggur Mewah Ligat Merompak



"Guna kereta BMW ketika pecah rumah secara solo"

Melaka - Kehidupan mewah seorang penganggur terbongkar apabila ditahan di kediamannya di Kampung Lapan, Bachang di sini, kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pecah rumah dan rompakan. 

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, jam 5 petang.

Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin turut menggunakan sebuah kereta mewah BMW 3 Series untuk menjalankan aktiviti jenayahnya bagi mengaburi orang awam dan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang bergerak solo itu dipercayai menjadikan rumah tidak berpenghuni, tadika serta kedai sebagai sasaran.

Katanya, suspek dipercayai bergiat aktif menjalankan aktiviti jenayah sejak awal tahun ini dengan kes terbaru pada 21 September lalu membabitkan kes pecah masuk sebuah kedai menjual barang perhiasan wanita di Kompleks Hang Tuah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah suspek, polis menemui beberapa barang kemas tiruan seperti rantai tangan dan cincin bernilai RM1,000 yang dipercayai belum sempat dijual kepada pihak ketiga.

"Suspek direman empat hari hingga Ahad ini dan hasil semakan mendapati lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam, pada hari sama.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menemui satu komputer hasil pecah masuk sebuah tadika selain peralatan pecah rumah.

"Dengan penangkapan kedua-dua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan lebih 12 kes pecah rumah dan rompakan yang berlaku di sekitar daerah ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Tulisan : Nur Saliawati Salberi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment