Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pengagihan Pendapatan Berpatutan AS 1Malaysia



Kuala Lumpur - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.4 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan terbabit akan dapat dimanfaatkan seramai 395,036 pemegang unit yang melanggan 10.9 bilion unit AS 1Malaysia.

Beliau berkata, kadar pengagihan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM694.96 juta, peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding RM657.96 juta jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya.

"Sehingga 28 September 2015, tabung AS 1Malaysia memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM813.57 juta, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang sebanyak RM431.35 juta manakala pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat pula sebanyak RM233.75 juta.

"Pada masa akan datang, bagi memastikan objektif tabung dicapai, strategi yang bersesuaian akan dilaksanakan AS 1Malaysia bagi menghadapi keadaan ekonomi yang dijangka terus mencabar, antaranya ialah dengan membuat pelaburan lebih teliti," katanya pada sidang media pengumuman AS 1Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, kadar pengagihan pendapatan itu adalah berpatutan jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Ahmad Sarji berkata, berdasarkan persekitaran ekonomi dan pasaran semasa, pengurus pelaburan AS 1Malaysia perlu memberi keutamaan kepada pengekalan modal tabung di samping keupayaan tabung dalam menjana agihan pendapatan yang bersesuaian.

Beliau berkata, agihan pendapatan AS 1Malaysia akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akauan pemegang unit hari ini.

Semua urus niaga bagi AS 1Malaysia sudah ditangguhkan mulai 24 September 2015 sehingga 30 September 2015 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing mulai hari ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment