Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 Oktober 2015



Emas meningkat semalam disokong oleh perangkaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah yang mana meningkatkan jangkaan Rizab Persekutuan AS menangguhkan peningkatan kadar sehingga tahun depan.

Kontrak semasa emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,149.65 seaun pada 1151 GMT, selepas mencecah AS$1,152.90 pada awalnya, paras tertingginya sejak 24 September.

“Pasaran dilihat mengambil kesempatan daripada keputusan Fed untuk tidak menaikkan kadar faedah,” kata Ketua Penyelidik Logam Societe Generale, Robin Bhar.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam akibat kekurangan minat belian susulan pengukuhan ringgit, kata peniaga.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Chua Zheng Liang, harga hadapan emas juga dijangka meneruskan aliran penurunannya berikutan peningkatan ringgit, data eksport lebih baik serta kenaikan harga minyak mentah. “

Data imbangan dagangan Malaysia yang diumumkan pagi ini menunjukkan penyusutan ringgit ternyata mendorong eksport negara pada Ogos lalu.

“Jika ringgit meneruskan aliran peningkatannya, maka, harga emas yang didenominasi ringgit juga akan turun,” katanya .

Sewaktu ditutup, kesemua kontrak bulan semasa Oktober 2015, November 2015, Disember 2015 dan Januari 2016 masing-masing susut 53 mata kepada RM154.85, RM154.85, RM155.45 dan RM155.95 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 106 lot bernilai RM1.64 juta daripada 19 lot bernilai RM290,000, kelmarin manakala kepentingan terbuka naik kepada 927 kontrak daripada 856 kontrak, sebelum ini.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas adalah RM150.59 segram, susut RM4.00 daripada RM154.59 segram, kehnarin.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment