Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tiada Jongkong Emas Tinggalan Tentera Jepun



Kunak - Pihak berkuasa menafikan penemuan jongkong emas yang didakwa peninggalan tentera Jepun dalam sebuah temwong di Ladang Mostyn, milik Sime Darby Plantation Berhad dekat sini.

Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, berkata berita yang tersebar dalam media sosial itu adalah cerita lama yang dikaitkan dengan penemuan terowong dipercayai dibina tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Katanya, terowong itu ditemui secara tidak sengaja oleh pekerja ladang yang membuka kawasan berkenaan pada 1970-an berdasarkan kesan runtuhab yang mendedahkan sebahagian terowong.

Tiada laporan penemuan emas 
“Satu ekspedisi dijalankan pada 1980-an untuk meneroka terowong itu dan berdasarkan pemerhatian serta laporan mereka yang menyertainya, tiada penemuan berharga seperti jongkong emas.

“Sehingga kini, kita tidak menerima apa-apa laporan daripada penduduk atau pekerja ladang berhubung penemuan emas di terowong itu,” katanya, semalam.

Susilo berkata, cerita itu heboh semula sejak minggu lalu berikutan penyebaran berita dan gambar berkaitan penemuan jongkong emas didakwa dalam terowong berkenaan dalam media sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Siasat dakwaan 
Berdasarkan gambar yang disebarkan, seketul jongkong emas tertera perkataan 'Sumatera' dan nombor 999.9 serta tarikh 28.08.1941 didakwa dijumpai di terowong berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Abdul Rashid Abdullah, berkata pihaknya membuat penyelidikan mengenai terowong itu berdasarkan permintaan pihak ladang pada tahun lalu. 

"Setakat ini, tiada apa-apa penemuan seperti emas dan kami masih menunggu laporan penuh berkaitan sejarah terowong berkenaan," katanya. 


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment