Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pendapatan Pelaburan Enam Bulan KWSP RM22.04 Bilion




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan terkumpul RM22.04 bilion bagi setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2015, mingkat 14.60 peratus berbanding RM19.23 billion yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun 2014.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2015, pangurus dana persaraan itu merekodkan pendapatan pelaburan RM11.41 bilion, peningkatan 9.73 peratus berbanding RM10.40 bilion yang diraih dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata walaupun berdepan persekitaran mencabar, strategi mempelbagaikan portfolio adalah faktor utama yang menyokong prestasi KWSP untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2015.

"Pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada peningkatan pulangan pelaburan yang dijana oleh portfolio pelaburan luar negara," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. 

Ekuiti penyumbang utama 
Setakat suku kedua 2015, aset pelaburan KWSP berjumlah RM667.21 bilion, meningkat RM30.68 bilion untuk tempoh enam bulan pertama 2015.

Bagi tempoh kajian, ekuiti yang mewakili 43 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, kekal sebagai penyumbang utama pendapatan pelaburan dengan pendapatan RM6.97 bilion atau 61.05 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan.

Jumlah itu adalah 6.90 peratus lebih tinggi berbanding RM6.52 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun 2014.

Pelaburan pendapatan tetap, yang mewakili 51 peratus daripada saiz aset pelaburan KWSP, terus menjana pendapatan konsisten walaupun berdepan persekitaran kadar faedah rendah dan pasaran modal yang tidak menentu.

Setakat Jun 2015, 25 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah dalam pelaburan luar negara dan menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah terkumpul pendapatan pelaburan KWSP bagi tahun semasa.

Cabaran kekal momentum 
Shahril berkata, walaupun KWSP dapat mengekalkan momentum prestasi suku pertama, pasaran kewangan berdepan ketidaktentuan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah di AS dan pertumbuhan ekonomi China serta negara membangun yang perlahan.

Katanya, keadaan itu menjadikan usaha mengekalkan momentum prestasi sedia ada lebih mencabar untuk baki tempoh tahun 2015.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan pasaran semasa memberi ruang kepada KWSP untuk mengimbangi semula portfolionya bagi tujuan mempelbagaikan pulangan dan risiko berterusan untuk jangka panjang. 

"Seiring dengan pelaburan KWSP yang bersifat jangka panjang, keadaan semasa membolehkan KWSP memanfaatkan peluang pelaburan dalam aset berkualiti pada harga lebih rendah di dalam dan luar negara," katanya.

Tulisan : Ahmad Fiesal Othman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment